Isu Keluarga

Bab suami pulak balik je jam 6 petang terus masuk stokin lempar bawah tepi sofa lepastu baju kemeja n seluar sangkut kat meja makan

Aku penat la macamni. Usia perkahwinan nak masuk 9 tahun dah. Anak dah 4.  Tapi suami aku sama je dari dulu sampai skrg. Aku surirumah je.

Suami aku keja ofis 9-6. Aku rasa aman je kalau suami aku keje. Anak 4 orang darjah 3, darjah 1 ,5 tahun , 9bulan. Aku nak urus 4 anak   sesorang dari celik mata sampai nak tutup mata balik.

Setiap hari aku struggle buat makanan anak besar, anak baby, makanan dinner utk kami laki bini karang. Jarang aku makan proper biasa tengah masak kat dapur aku curi2 Masa makan apa yang ada.

Pastu pdpr 2 orang anak tu. Dateline. Anak yang 5 tahun pon nak buat aktiviti kena sedia Bahan takkan nak main mainan je. Yang baby nak kena nyusu lagi n buat makanan baby. Aku takkisah cuma ada Hari aku penat.

Bab suami pulak balik je jam 6 petang terus masuk stokin lempar bawah tepi sofa lepastu baju kemeja n seluar sangkut kat meja makan. Mandi2 solat main phone n layan anak2.

Tapi byk main phone la TikTok semua sampai maghrib. Kadang dia tertidur sebab penat keje. Maghrib waktu kritikal bagi aku. Nak mandikan anak2 siapkan dinner. Pas tu nak solat Mandi diri sendiri.

Nak ajar ngaji. Nak tidokan baby.  Tapi dia. Kalau main phone sampai dah sisa2 maghrib dah. Ataupun kalau tertidor pon sama lgsg takheran dah anak.  Pastu dinner. Aku masak aku hidang.

Dia makan kalau sedap dia puji. Tapi tu lah. Lepas makan tinggal gitu je basuh tangan je. Aku biarkan dulu sebab nak kena tidokan baby. Aku keluar dalam kul 9-10  meja makan sama mcm tu.

TAKtolong angkat pun pinggan2 dia n anak. Aku takmakan lagi sebab baby nangis nak nyusu. Bawah meja anak makan bersepah2 takheran dia takpernah dia pegang batang mop.

Lepas dinner 9pm biasa anak2 buat hal masing2 tengok tv /main phone/ buat keje sekolah . Tengok keadaan. Dia pun sama naik main phone sampai la anak2 nak tido n tido dlm kul 11..

aku masuk bilik gak sebab baby nangis balik nak susu. Dia stay kat luar dgn TikTok FB ytube sampai kul 1-2. Kdg aku taktau dia masuk bilik kul brp. Time aku letih tertido ngn baby takpe la.

Kdg rasa sakit hati gak kenapa dia taknak tido sama2 waktu sama2 main phone mcm esok takada. Esok bangun 8pagi memang subuh qada la tiap hari pastu siap2 g keje.

Mcm tu la rutin sampai abg J4mil mam.. Aku pun sambung la dgn rutin aku tu.
Entah la kdg aku rasa dia ni buat tambah beban je. Rasa sesak nafas n sakit hati. Dia seolah2 buat aku jd kuli dia.

Bab makan dia ok, suka g pasaraya beli brg dapur n mknn anak2. Tapi tu lah..makanan mmg mengenyangkan aku bersyukur. Tapi penat aku ni mcmana.

Me time mmg takde. Hari2 bau masakan, bau peluh.. kdg aku rasa baik aku bercerai je sebab aku rasa sesak nafas tgk mess yang dia buat. Tapi fikir jgk duit nak Cari lagu mana.

Aku ada degree tapi takde rezeki lps kawen trus mengandung2 sampai dh 9tahun kawen. sape la nak ambik aku bkerja..

Kdg2 fikir jgk dia suami n ayah yang bertanggungjwb Bab nafkah duit. mgkin dia penat gak Cari duit tapi ntah la. Aku sejenis mulut tak suka bergaduh.

Kalau nak marah sgt aku akan nangis je atau diam. Pernah je aku diam n nangis. Dia Tau aku tgh marah psl penat tapi takde pun nak Tanya aku ke apa.dia biar je aku sejuk sendiri. Pastu buat2 takigt dh.

Entah la. Kdg2 rasa nak Gila. Tapi nasib masih ada Iman Kdg2 aku lepas dkt anak sulung n kedua. Aku marah2 kalau rumah bersepah2 semua. Dkt anak baby pon aku geram kdg2 sebab nak bf 24jam. Taksbr nak tggu dia besar sikit. aku penat letih n sakit hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *