Isu Keluarga

Pulang dari Mekah kami diaturkan untuk bertemu pada ketika itu dia telah berterus terang bahawa beliau telah ada pilihan hati

Ikatan perkahwinan kami bukanlah bermula dgn cinta. kami disatukan atas aturan keluarga. Aku pada ketika itu memang tiada hubungan dengan mana-mana lelaki.

pada usia mencecah 25 tahun, aku pohon ibu dan ayah berdoa di tanah suci Mekah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik buatku. Di sanalah ibu ayah ku berkenalah dengan orang tuanya.

Pulang dari Mekah kami diaturkan untuk bertemu pada ketika itu dia telah berterus terang bahawa beliau telah ada pilihan hati namun tidak direstui keluarganya atas sebab2 yang aku tak punya hak untuk nilai. Hati terasa berat untuk menerima.

Ku lihat abah beliau yang ketika itu begitu mengharap, aku terima untuk meneruskan aturan itu. Sejak kami disatukan, bermulalah siri aku mengejar cinta dan perhatian suamiku.

walaupun aku tahu mereka masih berhubungan, aku biarkan kerana aku sedar aku bukanlah cinta hatinya. Namun aku tidak mengalah. Melihat suamiku yang begitu mengagumi kekasihnya yang dilepaskan itu, pandai berniaga, aku cuba berniaga walaupun aku tak minat.

Aku sudah punya kerjaya .. aku seorang guru. Aku jual perhiasan wanita ketika itu.. tapi tak bertahan lama.. kerana diri memang tak minat berniaga sesuatu yang aku tidak selesa.

Aku mula cuba menjual bahan2 pembelajaran, alhamdulillah. menjadi pendpatan sampingan hingga kini. Namun, masih aku tidak dapat cinta dan perhatiannya.

tahun demi tahun berlalu, anak pun dah 4. Kesibukan membesarkan anak-anak membuatkan aku mula abaikan misiku mencari cinta dan perhatian si suami. Hari demi hari berlalu .

10 tahun berlalu.. ya, dia seorang suami yang baik, ayah yang baik kepada anak2. Namun hatiku masih meronta mahukan ayat2 cinta darinya.. hatiku merayu mahukan perhatiannya.

Pasti ada yang akan berkata, “dah memang dia bukan jenis jiwang kot.”. begini, aku pernah melihat betapa asyiknya beliau dengan kelasihnya dahulu.

ayat2 cinta yang beliau kirimkan buat kekasihnya yang beliau terpaksa lepaskan , aku baca.. aku ingat.. aku rasa sayu.. mungkinkah aku ada peluang memdapat cinta yang begitu darinya suatu hari nanti?

Kisah kami kini di fasa beliau sedang asyik dan kagum dengan srikandi memanah berkuda. aku cuba yang terbaik belajar juga memanah.

namun kekangan waktu mengurus anak2, tak lah dapat aku menjadi cukup baik untuk mendapat perhatian darinya. 11 tahun berlalu… masih tak pernah sekali pun beliau utuskan coretan ayat2 cinta buatku.

malah sekarang, lebih sukar aku mendapat perhatiannya. mungkin kerana tubuh yang telah aku abaikan selama 11 tahun semakin tak sedap mata memandang.

Hari ini, aku merasa sudah cukuplah sudah untuk berharap . Aku hanya tumpukan pada anak-anak sekarang..aku biarkan dia dengan apa jua keasyikan dalan jalan hidupnya. . Kerana aku tahu..

aku tersilap .. aku mohon utk diberikan yang terbaik buat ku namun mungkin aku bukan yang terbaik buat mu… I will never be good enough for you..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *