Isu Keluarga

Ceritanya kelmarin saya tengah mandikan kedua anak saya dengan tak sengaja saya tergelincir sampai terjatuh

Assalamualaikum admin kacak/lawa. Saya cuma nak buat sedikit luahan, tolong hide fb saya ye. Saya surirumah, berumur 28tahun dan mempunyai dua anak berumur 2 dan 1 tahun juga sedang mengandung 8bulan.

Ceritanya kelmarin saya tengah mandikan kedua anak saya dengan tak sengaja saya tergelincir jatuh tapi takada laa sampai tahap tumpah d4rah ke apa ke. Cuma saya ada laa mengalami bengkak buku lali dan memang susah nak jalan waktu tu.

Keluar mengengsot jerr dari dalam bilik air tu.. saya pun whatsapp laa husband bagitahu dia dan mintak dia kerja separuh hari untuk urus anak anak tapi jawapan yang saya dapat hanya hampa. Dia cakap dia takboleh balik.

sebab dia security guard jadi takada orang ganti kalau dia balik waktu tu. padahal sebelum nii pun waktu dia cuti. Ada jerr orang yang nak balik halfday sebab terlupa appointment nak ambik ubat laa. motor tak boleh start laa.

Dia sanggup pergi ganti orang tu padahal dia sedang bercuti. Adil ke sikap dia terhadap saya? saya bukan minta duit beribu. Saya cuma minta dia balik bantu saya urus anak anak waktu tu bukannya saya suruh dia berhenti kerja pun.

Macam macam alasan dia bagi. dia salahkan saya kata kenapa jalan tak elok elok. Susah macam nii bila saya duduk sorang urus anak anak takada orang tengok. Dia lebih mengharapkan orang lain tengok kan saya berbanding dia sendiri sebagai suami.

Mungkin saya nampak macam mengada ngada. Tapi buat pengetahuan kalian. kedua anak anak saya bersalin secara pembedahan jadi yang sedang saya kandungkan ni pun akan melalui kaedah yang sama.

jadi saya takut kalau kalau jadi apa apa pada kandungan saya sebab itu boleh membahayakan nyawa saya dan anak dalam kandungan saya. mohon nasihat kalian. tolong jangan kecam saya.

saya taknak apa apa cuma nak pendapat dan nasihat saja untuk saya ubati hati yang terluka nii. terima kasih. maaf kalau ayat terabur.  saya tak pandai nak karang ayat sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *