Assalamualaikum, saya nak luahkan apa Yang terbuku dihati saya selama 7 tahun bergelar isteri, umur saya 32, pernah bercerai ada 2 orang anak hasil perkahwinan yg lepas, anak dengan suami Baru Ada 2 orang.
Suami umur 34 seorang yang baik dan penyayang. Saya dengan suami sekarang bahagia je, cuma kami akan selalu bergaduh Bab anak2 saya (anak Ex terdahulu)
Ceritanya suami saya ni terlalu pembersih dan kuat membebel sampaikan dia akan paksa semua orang dalam rumah ni ikut Rules dia, kami dalam rumah ni mmg takde kebebasan, sampai nak ubah sofa pun kena ikut tekak dia.
Susun pinggan pun kena ikut cara dia, dapur jangan cakap la, setitik air pun tak boleh ada atas table top tu, 100x keluar bilik air 100x kali kena mop lantai dapur tu.. mmg bagus pembersih, tapi kami dah mcm robot kena ikut gerak dia, anak2 nampak stress tak
macam budak2 lain, semua kena control, mmg nampak la kebaikan tu, tapi bila terlalu nak sempurna sampai ment4l kami koy4k.. dengan membebelnya macam takde hari esok.
Bila anak2 buat salah mmg dia yang akan beri denda, saya ni tak boleh dah nak cakap apa, memang kena ikut kalau tak ikut dia punya sentap macam orang gilerr habis satu rumah dia buat bodo je, anak2 pun tak dilayan selagi saya tak tegur,
boleh jadi sebulan lamanya dia buat bdo, mmg saya je akan mengalah sebab kesian ank2 bapak dia buat muka bdo je bila anak2 tanya. Sampai satu tahap saya rasa nak keluar dari hidup robot mcm ni, bosan sangat hadap benda macam ni,
saya bekerja Walaupun gaji tak besar, Alhamdulillah setakat ni yuran sekolah anak2 makan pakai baju, lain rumah dan belanja2 lain mmg 100% duit saya, bukan nak berlagak tapi mmg saya rela dan ikhlas sebab suami saya punya komitmen pun tinggi kot,
ye la katanya loan2 dia famly dia dan insuran2 dia. Lantak la bab tu sebab mmg dah terbiasa tak harap duit dia. suami saya tu bab kerja rumah mmg sangat2 bagus A to Z dia buat, sebab dia mmg tak percaya orang lain buat.
Tapi tu laaa dia sangat kuat membebel, dan EGO. macam mana saya Nak terus Bertahan? Kami hanya Akan bergaduh bab anak2 je dia terlalu memaksa anak membesar ikut rules dia Dan sempurna..