Isu Keluarga

Saya seorang bisnes woman suami kerja sebagai pembantu tadbir dan sepanjang perkahwin kami selalu bergaduh besar  hampir berpuluh kali nak cerai hanya semata2 bab DUIT DUIT

Salam semua followers krt. saya nak tanya nasihat dan pendapat mengenai suami dan rumah tangga saya. Saya seorang bisnes woman dan dia kerja sebagai pembantu tadbir.

Saya dah berkhawin 8 tahun . Sepanjang 8 tahun kahwin , kami selalu bergaduh besar + hampir berpuluh kali nak cerai hanya semata-mata bab DUIT DUIT . Bukanlah sb kami mempunyai masalah duit tapi dia tak benarkan saya membantu keluarga saya.

Suami saya nih solat puasa ngaji tak tinggal tapi Dia benci keluarga saya sb saya selalu tolong dan bg bantuan duit klau mereka memerlukan.

Dia selalu melontarkan kata-kata sinis dan pedas terhadap saya kalau saya nak tlg keluarga saya terutama dr segi duit . Memang kami akan bergaduh besar sb saya tak tahan dan tak paham apa dia fkir sbenarnya ?

Emosi dan mental saya berkecamuk . Anak-anak menakan saya yg masih kecil pon dia benci sb mereka rapat dengan saya dan saya selalu memblikan mereka sesuatu.

itu duit saya 100% tak guna duit dia langsung sepanjang saya tolong mak ayah dan keluarga saya . Apa salah saya tolong keluarga sendiri bila dah berjaya ? Keluarga saya orang susah.

Malah segala perbelanjaan kami pon saya tanggung . Dia cuma bayar hutang dia + rumah shaja . Selebihnya mmg 0 duit gqji dia . Sayalah byr semua . Nafkah pon saya tak pernah minta sb tau dia xckup duit .

Malah dari awl kahwin smpai skg xpernah saya minta apa-apa atau dibelikan apa-apa oleh dia sb saya paham keadaan dia jd tak pernah saya terasa hati

Keluarga saya sangat syg dan hormat dia sb mereka pikir dia suami yg sgt baik . Tapi dibelakang mereka tak tahu pikiran dia terhadap mereka mcm apa .

Banyak lg kisah-kisah pedih yg belum saya tulis disini . Apa yg ptut saya lakukan ? Berpisah atau meneruskan perkahwinan ini ? Saya buntu. Btw kisah acc fb tu juga adalah kisah saya .

Leave a Reply

Your email address will not be published.