Isu Keluarga

Untuk pengetahuan aku memang tak berpeluang macam isteri2 lain nak arah suami apatah lagi nak merempan2  Memang habis la lepas tu

Assalam semua, aku saje nak share pengalaman aku sebagai seorang isteri selama 10 tahun. Aku ni memang tak ada la ister yang perfect tapi aku dh cuba yang terbaik.

Setiap rumah tangga biasalah mesti ada pasang surut Sebelum ni aku sentiasa yakin yang aku dh suami akan sentiasa dapat mengharungi susah senang bersama tapi baru2 ni buat aku terduduk dan terfikir mampukah lagi aku bertahan.

Suamiku tidaklah zalim, bukanlah orang yang tak bertanggungjwb tapi menginjak usianya 40 dan perkahwinan kami masuk yang ke 10 dia mula bersikap lain dari sikap sebelum ni..

Baru2 ni dia kantoi bervideo call dengan perempuan. Entah, instinct isteri kan. Dia dah delete conversation wasap still tertinggal call log. sedangkan aku memang jenis jarang check call log dia since dia ada bussiness sndr memang byk org yang call dia.

Tapi ada satu malam aku mimpi aku menangis dan memanggil dia penipu. Sedar dari mimpi aku masih tak fhm. Malam esoknya aku dh terlelap tapii aku terjaga sebab belum solat isha.

Selesai solat aku tergerak nak check phone dan aku notice ada satu nama yang pelik dan berulang. aku check lebih teliti nyata bukan sekadar client atau kawan. pukul 1 pagi tu jugak aku kejut suami aku n tanye siapa FXX tu.

Dia jwn tak tau. Aku tanye lagi sambil menangis siapa dia. Baru dia jwab kawan. Gugor jantung aku time tu sebab aku kenal suami aku dia memang peramah dengan org tetapi dia bukan jenis berani nak tegur2 org perempuan untuk berkawan.

Bila dia sebut macamtu memang hancur hati aku.. btw sejak 3-4 bulan lepas aku memang kerap gado dengan suami. Macam2 dugaan tapi aku tak sangka pertengkaran kami akan jadi lagi sebab perempuan.

Btw aku ni sebenarnya dah penat, selain dari isu perempuan ni. Aku ni byk sgt bersabar. Aku ni kerja bukan biasa2, ada master anak kami dah dua. Tapi sejak pkp memang compny aku amalkan alternate ke ofis dan scheme wfh.

Jadi aku hanya dtg ofis 2 atau 3 kali je seminggu. Sejak dari tu suami aku memang lepas tangan hal family. Lgsg tak ambil peduli. Sebelum ni pun memang semua kerja rumah dia jrg tolong.

bukan kerana aku nak jadi isteri sempurna tapi aku memang malas n elak untuk bertengkar dengan suami. Suami ada sikap yang tidak boleh ditegur. Pertengkaran kami selalunya berpunca dari amarah dia kerana cara aku bercakap or reposns dengan dia.

Untuk pengetahuan aku memang tak berpeluang macam isteri2 lain nak arah suami apatah lagi nak merempan2  Memang habis la lepas tu. Setiap kali aku cuba menjawab siaplah benda akan berakhir dengan hp pecah, kipas patah, streka yang beribu pecah dan macam2 lgi. Jadi aku elak nak buat dia marah.

Dia juga tak boleh ditegur lgsg. Contoh bagitau baju jgn letak kat atas karpet. Baju kotor masuk terus bakul. Siaplah dia merajuk panjg. If aku tak mtk maaf jadi isu panjg. Smua tu aku telan dengan sabar dan jadi makanan aku setiap hari. Sebab sayang kan..

2 tahun kebelakangan ni aku rase makin tak tahan dah. Kenapa? 2 tahun lepas mak aku meningal mengejut. Aku macam org anxi ety. Tak tdo malam, gastrik sampai warded berkali2, turun 4-6kg dalam masa 2 bulan.

Walaupun sakit, aku dan suami masih berajya membeli sebuah rumah untuk bg keluarga mentua aku tumpang kerana mereka diahalu dari rumah pusaka. mil aku ni ada perengai yang pelik. walaupun adiknya menghalau dia akur dengan alasan geran ats nama adik.

Kerana kesian aku beri duit simpanan aku pada suami untuk dibuat belanja deposit dan kos belian rumah bernialai 550k. Korang boleh agakla berapa simpanan aku habis. Aku cerita ni sebab ada isu berbangkt pasal benda ni.

Tahun lepas aku bercadang beli rumah baru yang jarak 50m saja dari rumah yang sedang aku duduki.. btw rumah yang aku bg mil aku duduk tu selang satu jalan je dr rumah aku cuma kami atas bukit walau hanya satu jalan memang xleh la jalan kaki.

Aku decide untuk beli mengenangkan umur parent in law aku yang makin menginjak usia. RUmah mereka duduk sekarang tu 3 tgkt dan jika hari biase rumah tu hanya mereka ber 3 dan hanya fil aku sorg boleh drive.

Jadi kalau ada pape memang susah. Tambahan pula style rumah living kat tgkt 2. aku fikir lag 5 tahun komfem dah tak larat nak naik turun. Jadinya aku bercadang untuk mereka pidah ke rumah aku dan aku pindah ke rumah baru.

Dah jadi isu. Mil aku perli2 tuan rumah nak balik ke? Allahuakbar. Ipar aku pun sama. Bila suami dan aku ajak bincang semua lari. Tapii fil aku bersetuju dan aku proceed jugak rumah baru.

Benda ni berlaku 3-4 bulan lepas. Sejk tu aku slalu bergado bila aku mula dak leh sbar dan aku kurangkan jumpa keluarga mentua. Tapi baru2 ni tiba2 fil aku dtg dan ckp kalau boleh dia xmo pindah. Allah, deposit dah bayar.

Loan dah amik. Stress bertambah2 dengan kwangan yang makin bertambah. Disebabkan saya dh tak tahan senyap2 saya meminta fil saya dtg ke rumah. saya utnjuk slip gaji suami dan slip gaji saya. Saya ckp tolong la bantu saya.

Saya dh beli rumah baru tu agak mahalJAdinya saya perlu jual juga rumah yang mereka duduk kerana bayar instalment rumah tu agak tinggi berbanding rumah yang saya  duduki, saya tunjuk belanja untuk rumah tu termasuk internet coway dan bayaran asnuran mencecah rm3k.

Iye rm3k hanya untuk mereka bertiga. Suamanya ditanggung oleh kami ber2. Sedangkan belanja untuk keluarga saya termasuk belanja pengasuh, belnaja sekolah dan sekolah tadika anak baru rm4k. Iye semua belanja tu kami kongsi berdua.

Seronok tak dapat isteri yang sangat tak berkire macam saya ni.. bila fil tau dia terdiam. Mula2 dia cuba berbincang utuk tambah beza ansuran tapii saya terangkan bukan sekadar beza ansuran tapi beza jumlah loan yang perlu kami tanggung.

LAgi pun rumah kami ni dah cukup selsa untuk mereka ber3. bilik Ada 3. Memang la hanya rumah teres tapi anak2 yang lain smua tak duduk sekali. iye, suami saya ada lg 4 adik. Kesemuanya memang tak pernah cuba membantu dari segi kewangan.

Adik lelaki suami ke 3 pernah menolak cadangan untuk beli rumah ats nama dia walupun kami berjanji akan tolong bayarkan ansuran. FIl saya merayu sampai berkaca air mata mati2 dia tak nak. Alasan hutang bank ada riba.

JAdi aku ni sebab kesian cadasng dengan suami tolong la dulu sebab memang diorg dh dihalau beriye2 dari rumah pusaka tu. Ok lepas bincang fil akhirnya macam malu bila tahu bukanlah duit anak dia semata2 yang perlu dibelanjakan.

Btw saya bincang ni debelakng pengetahuan suami kerana dia sgt ego nak bagitau adik beradik lain kalau dia perlu bantuan. btw byk la lg hal dengan mertua tapi slalunya saya memang telan je.

Ok back to prob terbaru. Kantoi dengan perempuan. Dalm tempoh 3-4 bulan ni saya call slalu kejap je dia nak letak. Hal anak memang lepas  tangan betul alasan bz. Effect pendemik memang strugle nak buid business dia tapi dalm sibuk2 boleh call tiap2 hari. bervideo call.

sedangkan kalau saya call kdg dia tak angkat dan tak reply call saya. ade sekali tu saya tanye dia siap menipu kata tgh engage dengan director lain bila saya check repunye tak ada pun.

sedangkan saya call berkali2. Nak tau dia kat mane. Kenpa saya call sebab setiap hari dia akan balik kul 8 malam ke atas. Saya perku terangkan kepad dua anak kecil yang asayaik tanya mane ayah mereka. btw call log yang saya check tu ada je dia call masa dia dirumah.

Jadi saya tak boleh terima lgsg alasan bila dia ckp dia perlu divert mind yang penuh prob. Ish ntahlah , klau ikut hati yang kecewa sgt2 ni memang saya nak lari tinggal je.

Saya ni bukan hodoh sgt ye. Ketinggian 152cm, berat 50kg, berusia 30 an tapi dia boleh pilih untuk bercakp dengan promoter yang dia tegur sebab acah2 terserempk. (Maaf bukan menghina promoter tapi rase dhina suami yang tak sedar diuntung) Saya dah penat mengamok dengan dia.

Dalm kepala otak saya ni memang nak cerai je. Saya dah call pun permpuan tu. Perempuan tu mengaku saje kawan2. Biasa la kawan katanya. Permepuan tu single muda 2 tahun je dari saya.

Saya ckp padanya tolong la terima suami saya. bagi alamt mari saya pinangkan. Kalau mertua tak nak biar saya yang tolong urusan meminang. Mati2 perempuan tu tak nak dan kata saya gile. Sungguh kalau dia setju memang saya pinangkan.

Malas dah saya fikir nak menjeruk rasa macam ni. Ikut hati memang nak bakar je kereta merc dia tu bila tau dah pernah keluar lunch same naik kereta same2. No plat kami yang sma no tu pun rase nak cabut n patah2 je kalau ikut marah ni.

Tapi saya masih duduk kat rumah ni sebab anak2 macam trauma n menangis malam2. Takut saya lari sebab su sik ckp duduk dengan ayah kt rumah ni. Ish ntah lah. Hanya Allah je tau apa saya rase. Bodohkan masih lg dok kat rumah ni.

Suami memang pujuk habis2an sebab dia tau saya jenis macam mane. Lagi pun ni bukan kali pertama dia buat macam ni. Ni kali ke 2. b4 diz saya maafkan dengan alasan saya kenal kwn dia tu, single mother n myb terlebih mesra pulak sempena puasa (ni last year).

Hurm.. itu je la kot. Hal lain yang kecik2 memang saya telan je selama ni. Peel mil yang pelik2 ke, smua saya pejam mata. Jangan kat saya menantu berkira sebab saya jenis dapt duit bonus pun asing siap2 untuk parent n parent in law.

Dlu apa saya bli untuk rawah mak saya belikan untuk dia. tapi lama2 saya fhm macam mane saya baik pun saya tetap hanya menantu bg dia. So, kalau korg buat ape. Stay o blah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *