Isu Keluarga

Ceritanya diawal perkahwinan kehidupan kami suami isteri susah sampaikan nak makan diluar pun aku berkira2

Assalammualaikum admin. Tolong hidekan profile aku. Kisah ini aku ceritakan jika ianya jd pengajaran pd org lain.  14 thn lepas aku berkahwin dan dikurniakan 4 cahaya mata. 2 lelaki dan 2 perempuan.

Ceritanya diawal perkahwinan kehidupan kami suami isteri susah sampaikan nak makan diluar pun aku berkira2. Bimbang jika belanja rumah tak mencukupi. Suami bekerja kerajaan.

Aku kerani swasta. Rezeki setiap anak sentiasa ada. Lahir anak kedua. Kehidupan kami benar2 berubah. Dari tidak memiliki kereta. Kami ada kenderaan sendiri. Kami membeli sebuah rumah di utara. Cadangnya mahu berpindah suatu hari nanti.

Selang setahun aku dapat anak ke 3. Rezeki semakin bertambah. Aku bukan lagi seorg kerani tetapi dinaikkan pangkat sebagai HR syarikat. Aku bangga bila dapat membeli brg2 mahal dan brg2 kemas.

Tapi aku tak melupakan Allah. Aku yakin ini rezeki Allah. Aku sedekah pada yg memerlukan. Aku selalu di ajar bersyukur. Tak ada satu milik kita. Berbeza dengan suami ku.

Jika susah dia selalu subuh di surau. Tp sejak kami di uji senang. Dia semakin menjauh dengan surau. Usahkan subuh. Magrib dan isyak pun tidak lagi jemaah di surau. Pernah aku tegur beberapa kali.

Tapi aku sering dimarah. Dia kata dia senang atas usaha sendiri. Bukan sape pun yg tolong. Waktu tu aku rasa takut sgt2. Takut kerana riaknya nikmat Allah bg di ambil semula.

Kami kerap berbalah. Hari2 dia habiskan waktu lepak dengan kawan2. Buatkan hubungan kami jauh. Aku selalu terfikir tak berkat ke gaji aku sampai Allah uji kami. Aku ada duit. Tp aku kurang kasih syg.

Kerana masalah rumah tangga yg berterusan. Prestasi kerja ku merosot. Sudah pasti ada yg mahu kedudukan jawatan ku. Akhirnya aku dipecat saat aku baru hamil anak ke empat. Walaupun perit. Aku redha. Rezeki Allah luas. Aku belajar berniaga online.

Suami aku mula menjauh. Dalam diam dia menjalin hubungan dengan org lain. Dan meminta izin aku utk berkahwin. Aku kata tunggu lepas anak ke  empat aku lahir. Aku minta di lepaskan.

Dia setuju. Kerana dia kata yg baru lebih memahami dia dari aku. Aku tak marah sedikit pun. Cuma jauh sudut hati aku rasa terkilan.

Utk pengetahuan, sejak kami diuji senang. Kami tak bnyk masa dengan anak2. Kami hny habiskan masa dengan hp. Tanpa fikir amanah Allah yg depan mata kami. Walaupun aku tak lupa Allah.

Tapi aku lupa amanah Allah. Aku leka dengan ujian dunia. Sibuk mengumpul emas utk menunjuk2 pd org lain. Aku megah berkereta mewah. Sedangkan masih hutang bank. Aku kerap post kehidupan aku di laman sosial utk menunjukkan kami acah2 bahgia.

Selepas lahir anak ke empat aku diceraikan. Aku bawa diri dengan anak2 ku. Alhamdulillah mungkin ini permulaan baru buat aku dan anak2. Aku jual satu persatu brg2 kemas aku.

Aku jual kenderaan mewah aku. Aku beli kenderaan yg ikut kemampuan aku. Aku pakai ikut kemampuan aku. Alhamdulillah. Aku bahgia dengan cara ni. Anak2 tak pernah merasa sunyi walaupun hny ada aku.

Kini hampir 3 tahun aku bercerai. Walaupun hidup sederhana. Aku bahgia. Rumah ku tidak semewah yg dulu. Tidak punya tv, peti ais, mesin basuh apatah lagi brg2 berharga. Sedikit pun anak2 ku tak merungut.

Kami hiasa dunia kami dgn membaca Al quran setiap lepas magrib. Kami habiskan masa berbual2 tentang kehidupan mereka di sekolah. Inilah dunia sebenar.

Jika emas memberi kan bahgia. Dulu pasti aku dah bahagia. Jika kenderaan mewah bg aku gembira. Dulu pasti kami gembira. Tp aku silap. Hidup tak meminta2. Itu lebih bahgia dari sekarang.

Apa guna nya punya suami. Jika masing2 sibuk melayan hp dan kurang berbicara. Apa gunanya punya isteri. Jika tidak tau bersyukur dengan apa yg ada. Doakan aku kuat menjaga amanah2 Allah ini. Ini harta paling bernilai buat aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published.