Asalamualaikum min. Mohon hide profile saya ye. saya nak kongsi Satu kisah rumah tangga abang saya. Hari ini adalah Hari paling hitam bagi saya di Mana kakak ipar yg saya anggap terbaik selama Ni rupanya bertopeng.
Hari ini kami tertangkap kak ipar mempunyai akaun biigo di Mana saya sendiri Tak pernah Tau tentang aplikasi Ni. saya Tak kisah pun bila dia aktif dalam tu dh Nama dunia skrg adalah dunia teknologi kan.
Tapi apa yang meluruh Kan hati saya bila dia buat live seperti bujang dan mengaku kalau dia masih belum berkahwin. Malah bila followers bertanya Kan tentang suara ank kecil kedengaran dia Jawab itu adalah anak buah dia walhal itu Adalah anak dia yg sedang nangis min.. wallahualam.
Hancur hati. Mahu sahaja saya balik rumah Dan serbu dia yg sdg buat live dengan lelaki lain siap bersayang-sayang bagai. Saya Ada menyimpan record live dia dengan lelaki dlm bigo tu sebagai bukti
Tetapi bila terfikir tentang akibat dia saya batal Kan niat saya. Kerana saya cukup faham Akan sikap dia bila stress dia Akan lepas Kan kemarahan dgn anak2 dia.
sampai si abang (anak sulung 11 tahun) jadi bibik utk urus adik dia yg bongsu (2 tahun). Dia Pula berseronok dalam bilik layan live biigo. Dalam Masa sama saya kesian Kan abang saya min.
dia bertungkus lumus mencari rezeki demi keluarga kecil dia. Bertolak ke tempat kerja pukul 2-3 pagi Dan balik malam sekitar 11-12 mlm. Si isteri dari anak kedua smpi anak ketiga (2 tahun Ni) duduk rumah kerana suami dia (abang saya) tidak izin Kan dia bekerja.
Bagi dia itu tanggungjawab dia walaupun hanya tidur-tidur ayam setiap hari. Jika saya dedah Kan semua pasti jadi Haru biru keluarga kecil ini Akan tetapi jika saya diam Kan diri mungkin sikap dia semakin menjadi-jadi.
Bukan sahaja menipu dengan suami dia Akan tetapi dengan lelaki2 yang dok follow dia. Ya Allah. saya jadi buntu macam mana nak Cari jalan penyelasaian. Mungkin boleh jadi bila suami dia selalu berkerja diluar Dan kurang Masa utk dia menyebabkan dia jadi begitu tpi bagi saya itu bukan ticket dia untuk berfoya-foya di Alam Maya ini.
Nak balik kampung bagitau mak ayah Tak boleh rentas negeri. ayah Pula x reti sgt pakai hp. Min boleh kongsi Kan kisah Ni Mana lah Tau Ada followers boleh bagi idea yg bernas. Jika dia terbaca post ini. balik lah ke pangkal jalan kak.
sungguh kami sekeluarga sgt mengagumi akk. walaupun abang kami serba kekurangan tpi akk dh terima dia apa Ada nya. Tetapi jika betul memang dah Tak bahagia. minta lepas secara baik..
<span;>Jangan terus buat Benda terkutuk ini..
kesian dgn orang luar yg terpalit dgn sikap akk. Apapun sebelum buat sesuatu fikir dulu anak2 yang masih kecil itu. mak ayah maupun kami adik beradik sgt bersyukur dgn kehadiran dia dlm keluarga kami.
Sekelumit perasaan buruk wasangka Tak pernah kami ungkap utk dia malah mak selalu puji dia depan orang lain. Kalau saya bagitau mak. mesti dia kecewa Dan Tak percaya. Saya kongsi bukan utk buka aib keluarga saya nk cri jln penyelasaian. Sekian min utk perkongsian saya