Isu Keluarga

Masalahnya adalah baru2 ini terbongkar sesuatu mengejutkan kalau suami telah membuat loan sebanyak dalam 20k

Salam admin. Mohon tidak share nama saya ya. Apa yang saya ceritakan ini adalah kisah benar. Saya dan suami sudah 3 tahun kahwin dan dikurniakan dua anak perempuan.

Perkahwinan kami alhamdulillah baik-baik sahaja. Suami kerja kerajaan manakala saya hanyalah surirumahtangga sepenuh masa tapi saya ada buat bisnes kecil-kecilan meniaga online.

Tujuannya hanyalah untuk bantu family dan diri sendiri memandangkan gaji suami tidaklah tinggi mana.

Alhamdulillah juga dengan pendapatan bisnes saya dapat melangsaikan beberapa hutang termasuk hutang suami dan juga dapat membeli barang keperluan dapur, diri sendiri dan anak-anak dengan secukupnya.

Memang diakui kadang ada jugak suami mintak pinjam kalau-kalau gaji dia dah habis dan hari gaji lambat lagi. Saya okay sahaja.
Tapi baru2 ni terbongkar sesuatu yang mengejutkan saya kalau suami ada buat loan sebanyak dalam 20k

(yang saya sendiri tidak diberitahu langsung) itupun saya yang call sendiri pejabat loan tersebut dan suami saya tahu mengenainya.

Selepas didesak barulah suami buka cerita yang ayahnya pinjam namanya untuk buat loan tersebut (sebab nama ayahnya dah diblacklist pejabat loan jadi dia memaksa suami buat pinjaman tersebut untuk dia).

Saya tersangat kecewa kerana ayahnya buat pinjaman tersebut hanya untuk buat rumah (renovate kawkaw) siap baru beli kereta. Sedangkan yang menanggung hutang tu suami saya dari pemotongan gaji setiap bulan.

Duit belanja bulanan pun kadang tidak mencukupi itupun suami pinjam dari saya jugak tapi mudahnya diberi nama sebagai peminjam untuk ayahnya.

Tuhan je tahu betapa sakitnya hati ni. Bukan saya marah dia bantu family dia kalau family dia betul2 memerlukan. Tapi ini? Suami pulak tersepit kat tengah-tengah.

Alih-alih sekarang dia yang terpaksa langsaikan hutang tu setiap bulan sehingga 8 tahun tempoh pinjaman tu dan saya pulak struggle buat bisness untuk menstabilkan family saya sendiri.

Orang lain? Syok tidur atas tilam empuk, naik kereta baru, beli emas dan beli kereta. Boleh share kata-kata semangat sikit tak? Takut lama-lama saya yang hilang sabar ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *