Isu Keluarga

Suami saya mengaku dia buat benda tak senonoh belakang saya kalau dia pegang dada perempuan tu sebab rasa suka dan sebab saya gaduh dengan dia

Assalamualaikum. Saya surirumah anak sorang. Saya nak minta pendapat. Bulan 11 haritu saya gaduh dengan suami saya. Jadi saya layan dia ala kadar je. Tapi sekarang saya dapat tahu suami buat benda tak elok belakang saya.

Saya dapat tahu sebab ada ws tiba2 masuk pagi subuh. Perempuan tu kata kenapa kacau dia lagi. Perempuan tu janda. Duduk dengan mak dia yang dah tua dan kurang upaya. Saya dan suami pernah dtg ke rumah dia untuk bagi makanan pada maknya. Sebab mereka duduk berdua jadi kami kesian.

Kami siap tolong beli dan pasangkan lampu sebab rumah mereka gelap. Meremang bulu roma saya dan tiba2 seluruh badan jadi sejuk disebabkan ws tu. Saya tak syak apa2 sbb mungkin orang tu salah hantar.

Sebab suami save nombor dia nama lain. Bila saya call rupanya suara perempuan dan orang tu bukan salah hantar. Suami saya mengaku dia buat benda tak senonoh belakang saya kalau dia pegang dada perempuan tu sebab rasa suka dan sebab saya gaduh dengan dia.

Lepastu dia tersedar dan terus balik. Start dari kami hantar makanan dan suami tolong pasangkan lampu saya dah dapat rasa akan ada sesuatu jd antara suami dan janda tu. Last2, Allah nak tunjuk dan kantoi dengan saya.

Sampai sekarang masih terngiang2 perbuatan tu dalam kepala otak saya. Saya jadi tak keruan. Suami sudah minta maaf, tapi saya susah nak lupakan dan berat hati saya nak jadi seperti dulu balik.

Apa yang patut saya buat ? Saya makan hati dengan perbuatan dia. Sedangkan dia dah ada anak bini. Saya jaga anak buat kerja rumah masak apa semua, sanggup dia buat macamtu. Apa patut saya buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published.