Isu Keluarga

Baru2 ni  suami luah akan ketidak puasan hati suami tentang jualan bulan ramadhan sampaikan saya sedih sangat2

Assalamualaikum. hide profil saya ye min , tq. saya nak mulakan dari mana pon tak tahu ni, hati saya sangat2 terkilan dengan suami.

saya ni berniaga kecil2 je, nak dijadikan cerita, masa bulan puasa haritu saya ada ambk tapak di bazar untuk berjualan walaupon meniaga tak dapat duit, maksud saya jualan tak seberapa laku

tetapi saya redha, mungkin sebanyak itu sahaja rezeki kami. ye, saya sangat2 faham dengan situasi semasa meniaga tu. dengan sop ketat.

memang tak ramai lah yang datang untuk membeli. saya pon tak boleh jangka rezeki tahun ni macam ni, dan untuk pengetahuan semua modal kami suami isteri share, bila habis bulan puasa.

duit terkumpul memang tak banyak, sebanyak yang tahun2 sebelum ni tapi dipertikai oleh suami, kemana duit jualan sebulan puasa. saya dah terangkan kemana duit, kemana jln duit yang pergi.

semua saya dah jelaskan tetap saya dituduh menghabiskan duit jualan sampaikan duit modal terbenam. ye, memang terbenam. saya tak dpt nak bg keuntungan yang suami nak sebab saya berjualan hari2 tak abis dan hari2 berbaki ,

dengan hujan, dengan tak orang yang singgah. saya nak bgkan apa pada suami , sebetulnya memang tak dapat duit. saya sedih sngt2, padanlah suami tarik muka dengan saya.

hari raya pertama kami semua bergambar, suani turut serta bergambar tak adanya manisnya disitu kerna dlm hati suami bergolak dengan tuduh saya macam2. tapi tak terluah.

Baru2 ni  suami luah akan ketidak puasan hati suami tentang jualan bulan ramadhan sampaikan saya sedih sangat2. apakan daya saya lg nak terangkan, macam2 di dicakap dlm wasap.

perckpan suami sangat menyinging hati saya. mengungkit akan duit modal tu. min, saya tak minta jualan saya tak laku min, saya tak minta semua yang jd ni terjadi min.

apa salah saya , yang bagi rezeki bukan saya min, Allah taala , kita hanya berusaha. kenapa saya yang dituduh2  macam2 kata makian saya terima dari suami. min faham tak masalah saya skrg ni min.

saya menaip sambil menangis min, sampai sekarang saya lansung tak bercakap dengan suami  dan saya pilih jln saya sendiri min, saya nak berpisah. ambil lah segala harta yang boleh ambil supaya terganti duit modal suami balil.

saya dah tak tahan min , serius tak tahan. terlalu mengungkit dari A sampai Z. Dari yang kecik sampai ke besar. Dah saya dah cakap dengan suami. saya dah tak perlukan suami lagi.

saya tak nak dia terbeban dengan saya lagi. saya tak sanggup dah min, bukan kali ni je min suami macam gini, setiap kali gaduh mesti pasal duit. terlalu berkira dengan segala hal, saya harap sngt2 saya boleh pergi jauh dari suami.

doakan saya kuat min, saya tak nak suami terbeban lg , ckp lah 24 tahun saya bersabar dengan suami.. dan untuk pengetahuan min. Dalam masa 24 tahun hanya sekali saya dapat nafkah zahir .

SEKALI, 23 tahun 11 bulan hanya harapan min,maaf kalau ayat2 saya bertabur. harap ada yang boleh kuatakan semangat saya untuk berpisah. mungkin ini jln yang terbaik untuk suami. t. kasih min  t. kasih semua ..

Leave a Reply

Your email address will not be published.