Isu Keluarga

Paling menyedihkan bila saya nak bermesra dengan dia jauh sekali dan bila saya pelok dia cakap mengada2

Assalamu’alaikum admin,mohon hide fb saya.saya hanya nak minta pandangan ahli dlm group KRT ni.saya da kahwin 3 tahun dan ada anak 1.

sejak akhir2 ni suami berubah. saya tak tahu dimana silapnya. Dia jadi panas baran. perengus. kalau dengan orang lain elok je sikap dia. kalau dengan saya macam musuh.

Kalau saya tak col dia senyap. Whatsp pon jarang dia balas. hanya dia tgok je. saya pernah terbaca di whatsp group dia bergurau dgan kawan2 dia nak kahwin lagi 1.

kecewa sgat saya hanya tuhan je yang tahu. saya menangis kendian dia taklik saya kalau buka whatsp dia jatuh talak atas saya. saya mcam tiada hak untuk bersuara. Semua dia yang betol.

hati seorang isteri dapat rasa dia ada orang lain, allah. Saya setia selama ini. dia sakiti saya. nak kahwin mcam mana saya dan anak pun dia hnya bg rm300. dia berkira sangat sekarang.

Paling menyedihkan bila saya nak bermesra dengan dia jauh sekali dan bila saya pelok dia cakap mengada2. mcam mana saya nk hidupkan rumah tangga kalau dia buat saya mcam tunggul.

Terkadang saya cemburu tgok kawan2 saya di manjakan suami. di berikan hadiah. di belikan barang kemas. Tapi saya tak pernah merasa semua tu.

Barang kemas pon suami tak pernah beli. Dulu susah senang dia dengan saya, selalu ada untuk saya. Sekarang dia dah senang sikit dia lupa pengorbanan saya yang sanggup susah senang dgan saya.

Dia dah lebih 4 kali taklik saya hanya saja saya tak pernah langgar. kalau dia memang ceraikan saya. mohon ahli group ni doakan saya dan anak kecil saya tabah ya. Sekarang hanya air mata peneman saya.

pada allah saya mengadu nasib malang saya. Terkadang sampai terfikir saya nak cari suami lain yang boleh bimbing saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.