Isu Keluarga

Time sampai berbunga2 hati siap cakap kat anak malam ni kita tido sini tapi malangnya tup2 hotel mahal and balik

Assalamualaikum semua.. sorry, out of topic. just nak tanya, macam mna nak bagi hilang teringin waktu mengandung?
Masa kandungan 5 bulan, saya teringin sangat nak tido tempat sejuk macam Genting tu. Lagi pun saya memang tak pernah pergi genting. So, suami bawak la ke genting.

Tp time nak cari hotel, hotel semua mahal2. Paling murah rm450 untuk 1 mlm, so suami tak mampu. Kami buat keputusan untuk balik semula ke utara. Time tu perasaan saya rasa macam berderai sangat.

Ye lah, dr utara ke selatan, dh smpai dh pun, pastu balik semula ke utara. Ibarat macam kau lapar, kau teringin nak makan. Bila makanan dh sampai, kau masuk makanan dalam mulut, dh kunyah2 tp tak mampu nak telan, padahal kau lapar sangat2..

Macam tu jugak la teringin saya tu.
Time sampai berbunga2 hati siap cakap kat anak malam ni kita tido sini tapi malangnya tup2 hotel mahal and balik.

Skrg kandungan dh 7 bulan, teringin tu tak hilang2. Ade la jugak tipu2 baby cakap kita kat Genting ni, sejuk sangat hari ni.. Time cakap ni tengah hujan. Memang sejuk skit cuaca mlm tu, tp tetap jugak teringin tu tak hilang.

Emosi saya sangat tak stabil. Cepat sensitif. Saya sibukkan diri buat kerja rumah untuk lupa rasa teringin tu, tp sesekali bila terlintas rasa teringin tu, mula la menangis semahu mahunya.

Ye lah, berhari2 duk tahan2.. bila dh taktahan memang terburai air mata boleh penuh sebaldi. Dalam seminggu 3tak jugak la saya duk menangis.. Entah laa.. sedihnya tu lain macam.. taktau nak ckap macam mana..

Suami driver lori, susah skit nak dapat cuti. So suami plan pergi cameron time cuti. berbunga sangat2 rasa hati. Tup2 pkpb pulak kt utara ni.. Ya Allah.. berganda2 rasa kecewa.

Makin kerap menangis akhir2 ni. Sampai tahap saya merayu kt suami mintak surat rentas negeri kt balai polis. Bukan nak lama, just pergi tdo & balik. TAKnak jalan2 pn. Nak tdo ja. Tp mustahil la kan polis nak kasi alasan isteri mengidam.

Suami saya baik. Baik sangat. Masa dia ckap takmampu nak byar duit hotel, dia mintak maaf kt saya.. Dia usap2 perut saya duk ulang2 cakap kt baby, ayah mintak maaf.. ayah tak mampu. Suami ralat sangat. Saya apatah lagi.

Saya kerap menangis tp bukan depan suami. Saya tak nak menangis depan dia, sebab dia akan serba salah. Dia akan ulang2 minta maaf. Adakalanya, time tgh makan rasa teringin tu dtg, bejurai la mata tengah makan.

Kdg2 suami tdo, saya duk dalam bilik air, menangis lg. Tengah masak pun menangis. Letihnya tu taktahu nak cakp. Bukan mengada2, tp entah laa..

Saya bukan nak tdo hotel mahal, dapat hotel bajet rm50 pn tak pa. Bukan nak mewah2, cuma terigin nak angin sejuk malam kt tempat sana. Itu je.

Ade tak petua apa2 untuk hilangkan rasa teringin ni? Ni tgh taip pun duk menitik air mata. 3 hari dh mata ni bocor.. Terseksa sangat! Ni kandungan kedua. Saya rasa kndungan ni kluar awal sbb baby dh turun.

Entah sempat ke tak saya nak lepaskan hajat teringin saya tu.. Kalau tak sempat, mohon readers bg la petua apa2 untuk hilangkan rasa teringin tu. TAKmampu dh nak menanggung rasa. Saya jugak taknak membebanakan suami dengan asbab rasa teringin saya ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.