Isu Keluarga

Nak dijadikan cerita anak saya yang pertama ada tumpang rumah saya sekejap dalam masa yang sama anak saya yang ke 2 kemalan gan

Assalamualaikum saya duda anak 4 dan 4 tahun lepas saya berkahwin dengan janda anak 1, di awal pernikahan hidup kami berjalan baik, sehinggalah 1 tahun lebih

kebelakangan ini isteri saya dah nmpk perbezaan bila saya ambil 2 orang anak saya yang dijaga oleh adik saya, anak yang ke 3(13thn) dan ke 4 (8thn) isteri saya rasa tak selesa dengan anak saya,

jadi saya ambil keputusan hantar anak saya yang ke 3 ke sekolah berasrama dan anak yang ke 4 belajar di tahfiz, bila adik perempuan saya dapat tahu dia mntk semula untuk jaga anak2 saya.

Nak dijadikan cerita anak saya yang pertama ada tumpang rumah saya sekejap dan dalam masa yang sama anak saya yang ke 2 kemalan gan patah jari tangan dia, saya tak sampai hati jadi saya panggi anak saya datang umah saya,

anak saya ni sewa bilik sebab tu saya suruh dia balik tak sampai hati dengan tangan patah macam mana nak makan, start pada hari tu isteri saya mengamuk tak tentu pasal dia marah2 duduk dalam bilik tak nak keluar tak masak,

bila saya tnya dia marah2 dia kata dia tak suka duduk macam ni sampai di ckp pilih dia atau anak2, saya jadi bigung macam mana harus saya buat saya sayang anak dalam masa sama saya sayang isteri juga, dalam agama mana yang patut saya dulukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.