Saya ada kisah sedih melibatkan rumahtangga saya. Kalau saya tulis, adakah identiti saya dirahsiakan. Dan macamana saya nak tulis.
Setelah tiga puluh lebih tahun berumahtangga dengan penuh kebahgiaan, kasih sayang, kesetiaan dan keharmonian, tiba-tiba badai melanda.
Suamiku telah menjalin hubungan sulit dengan bekas pelajarnya sendiri dan mereka bertemu dalam WA reunion. Perempuan tersebut telah dua kali menjadi janda.
Semasa perkahwinan pertama dia diceraikan sebab dia ada skandel dengan lelaki lain dan diceraikan oleh suami pertama. Perkahwinan kedua juga tidak bertahan kerana perangai cemburu dan suka mengongkong.
Akhirnya suami kedua pun meningalkannya. Apabila bertemu dengan suami saya, dia menagih simpati menceritakan dia telah dianaiyai oleh kedua-dua suaminya konon suaminya pula yang cemburu, agresif dan ganas.
Suami saya sebenarnya baik orangnya tetapi kerana simpati dengan cerita rekaan perempuan ini, maka rasa simpati beralih menjadi sayang dan cinta. Mereka berjaya menyembunyikan hubungan ini lebih kurang lima bulan
Akhirnya sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Suami ku yang jujur, baik dan setia telah bertukar menjadi penipu dan pembohong kerana perempuan tersebut. Akhirnya terbongkar juga kecurangan suamiku.
Kami bersemuka dan aku meminta suamiku membuat pilihan. Suamiku memilih diriku. Aku menyiasat hal perempuan tersebut dan baru suamiku tahu kisah yang perempuan itu tekah diceraikan oleh suami pertama sebab dia ada skandel sedangkan ceritanya kepada suamiku yang suami pertamanya itu sangat cemburu.
Satu ofis tahu kisah hitam perempuan ini. Satu yang menyedihkan hatiku ialah akhirnya terbongkar rahsia hubungan mereka ini apabila aku dapat tahu mereka berdua pernah melakukan hubungan z!na.
Ya Allah remuk, hancur, luluh dan sehingga ke hari ini air mataku tidak kering. Walaupun suamiku memilih aku tetapi luka di hatiku masih bernanah.
Aku pernah memberitahu suamiku agar dia berkahwin dengan perempuan itu dan melepaskan aku. Tetapi suamiku tidak mahu setelah dia tahu siapa sebenarnya perempuan itu.
Suamiku benar-benar menyesal atas perbuatannya yang curang dan mengkhianati aku. Tapi hatiku yang luka ini sukar melupakan apa yang telah dilakukannya.
Hilang kepercayaan, keyakinan, rasa hormat malah rasa kasih dan cinta ku kepadanya seolah-olah semakin pudar. Hubungan suami isteri kami tidak macam dulu. Kalau suamiku cuba memegang tangan atau bahuku, aku akan cuba mengelak.
Suamiku masih cuba memujuk hatiku dan bersabar tetapi aku telah memberitahu nya yang dia yang menjadi punca hubungan kami menjadi begini. Aku tidak dapat melupakan kecurangan dan lebih-lebih lagi z!na yang telah dilakukannya.
Seperti yang aku katakan air mataku masih tidak kering hingga hari ini dan aku berdoa kepada Allah dalam sujudku agar dapat menyembuh luka hatiku dan perempuan yang menganggu rumah tanggaku dan menjadi episod sedih dalam hidupku akan mendapat balasan daripada Allah.
Sesungguhnya sesiapa yang pernah merasai apa yang aku rasa saja dapat tahu keperitan yang telah aku tanggung.