Isu Keluarga

Macam tak percaya bila baru2 ni saya tergerak nak tengok hp isteri dan ada terbaca satu wasap dan voice note dari hp isteri dia ada lelaki lain selama ni

assalam min. Mohon hidekan profile saya. Kisah nya bermula macam ni. Baru2 ni saya ada tergerak hati nak check hp isteri. isteri saya ni tidak bekerja dan hanya menghantar ambil anak ke sekolah ja.

Macam tak percaya bila baru2 ni saya tergerak nak tengok hp isteri dan ada terbaca satu wasap dan voice note dari hp isteri dia ada lelaki lain selama ni.

Saya ni bekerja sebagai despatch di agensi kerajaan dan balik kerja saya sambung sebagai penghantar makanan dan kadang kala baiki motor kawan kawan utk menyara keluarga.

Saya berkenalan dan berkahwin dgn isteri saya masa tu dia janda anak 1 kemat!an suami yang accident. Anak tiri tu saya bela dan jaga dr baby sampailah nak ambil spm tak lama lagi.

Rezeki saya dapat anak kandung seorg. Saya tak ada pun bezakan kedua dua. Semua sama rata. Dari segi keperluan semua saya sediakan seperti rumah kereta dan duit keperluan.

saya tau tanggungjawab saya sebagai suami tapi tak sangka dia main kayu tiga. lepas saya baca wasap tu. Boleh dikata kan setiap hari ketika bawa motor akan mengalir airmata sendirian mengenang kan perkara ni.

Saya tak nak anak anak tau benda ni kerana taknak  mereka terganggu emosi dan pelajaran mereka. alhamdulillah saya masih waras dan tidak terpikir utk melaku kan perkara bodo.

Bila duk sendirian di pejabat dan kadangkala  perkara tu datang saya cepat cepat ambil wudhu. Mohon pendapat sahabat sahabat mcm mana saya nk uruskan perkara ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *