Salam. Minta hide profile saya. Apa pandangan puan2 semua. Saya sekarang tengah siasat facebook suami. Bagaimana saya tahu password tu, dengan kebijaksanaan isteri dan firasat seorang isteri.
Apabila saya login fb suami, saya dapati ada beberapa kenalan perempuan yang mesenger suami saya.. apa yang saya baca conversation mereka, takde la ke arah cintan cinton tapi kemesraan chat mereka macam member2.
Sebab kita perempuan, kita tahu lengok bahasa jika ada something suka2 kat situ.
Yang membuatkan saya terasa kenapa dia tak chat saya semesra itu sedangkan saya selalu menunggu whatsap dari suami macam mula2 kenal dahulu.
Saya bukak mesengger dia hari tu, kebetulan dia memang tengah chat dengan kawan perempuan dia. Ramah sangat suami saya dengan kawan perempuanya tu, langsung tak sama macam dia wasap saya sepatah2.
Sedangkan pada masa yang sama, saya menunggu whatsap dari dia. Suami saya mengajak kawan perempuannya tu chat melalui whatsap sahaja, utk memudahkan mereka chat.
Tapi perempuan tu pun kata, taknak bukak whatsapp sebab takot boyfriend dia tahu tengah online. What? Ade jugak cmtu eh. Owh. Chat suami saya takpe pula ye.
Hati saya sedih sangat2.
Tak tahu la bercerita pada siapa. Apa pandangan puan2. Adakah suami saya dah tak suka saya. Yelah, saya dah tak lawa. Badan makin berisi. Tak macam zaman bujang dulu lagi. Suami saya ni kaki gym. yelah. Diet bdn ok sebab tu perempuan suka.