Isu Keluarga

Oke aku dengan suami aku khawin dah 8 tahun alhamdulillah anak ada 3 orang tapi sifat suami aku yg aku perasan dia still tak boleh lupa kan e

Assalamualaikum admin minta Siar kan cerita saya dan di hide kan profile saya.
Aku yaya (bukan nama sebenar) aku tak ada lah masalah rumah tangga untuk aku ceritakan tapi just nak share ape yang aku rasa.

Ceritanya aku ada lah stalk fb exgf suami.. Aku yang gatal2 nak stalk lepas tuh aku sendiri sakit hati hahaha. Oke aku dengan suami aku khawin dah 8 tahun alhamdulillah anak ada 3 orang tapi sifat suami aku yg aku perasan dia still tak boleh lupa kan ex-gf dia tuh.

yea aku tahu bukan mudah nak lupa kan first love niy aku pon tak paksa dia untuk lupa kan. Aku cuma terkilan sikit jer kenapa dia still ingatkan wanita tuh sedangkan aku disisi dia mungkin sebab terjalin nya hubungan mereka selama 8 tahun dulu agaknya.

Pernah sekali aku tanya pasal password cimb click suami kenape ada nombor lain selain nombor birthday dia atau tel dia.. Jawapan dia sebab senang nak Ingat tapi aku tahu dia tipu.

Aku tahu no tuh adalah bulan kelahiran wanita tuh. Aku tak lah marah atau dendam pada dia yelah hal kecik jerr aku pon tak nak panjang kan cerita. Pernah jugak dia tidur mengigau sebut nama wanita tuh tapi aku diam dan ketawa sendiri mungkin dia tengah bernyanyi agaknya dengan wanita itu.

Untuk pengetahuan Aku pernah terbayang jika wanita itu janda akan aku jodohkan mereka berdua untuk bersatu. Mesti semua netizen pelik kenape kan? Sebab aku sayang dia. Aku nak dia betul2 bahagia dengan orang yang paling dia sayang.

Aku sanggup bermadu andai dia tak nak lepas kan aku. Tapi itu cuma angan2 aku sahaja sebab wanita itu isteri orang. Mungkin orang2 cakap aku bdo dan gila tapi jujur itu lah aku rasa.

Pada suami aku. Pesan aku cuma 1 andai aku benar2 pilihan kau cintai aku seadanya aku tapi jika kau rasa aku hanya sandaran dan kau punyai pilihan lain bawa lah dia temui aku dan aku sentiasa merestui pernikahan kamu berdua.

Bukan niat aku runtuhkan rumah tangga kita tapi aku nak kau rasa bahagia dengan pilihan dan buah hati sendiri. Aku tahu perkhawinan kita hanya 1 paksaan yang perlu kau patuh. Maaf kan aku wahai suami ku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *