Isu Keluarga

Alkisah baru ni suami mengamok macam orang gile sebab duit dia hilang 10 ringgit siap tuduh saya curi dan pakej mem4ki hamun nama mak ayah saya sekali saya dpt.

Salam hai semua. Saya dah 4 thn kawen.belum ada anak tapi pernah keguguran banyak kali. Masalah saya skrg ni saya dah kering hati dan tak ade hati dengan suami saya.

Alkisahnya, suami saya ni perangai macam org gile. Dia punya baran susah nak dikawal. Saya pernah dipukvl tapi saya ni jenis melawan balik. walaupun badan dia besar, tapi suka tunjuk kekerasan pada isteri.

kalau gaduh dah tntu la dia menang. sebelah tgn je die tolak saya pun dah jatuh. Saya pula nak pertahankan diri dengan standby sembur ridsect kat muka dia.

dalam tempoh tu pun dah pernah ajak pg pej agama tapi die tak bagi kerjasama. Dia asyik cakap saya pukul dia. Punca sebenarnye sebab die yang mula berkasar dengan saya. Hal kecik pun dia mengamuk macam orang gila.

Nak ajak solat cukup susah. Kalau saya solat pulak die kacau. Orang ke apa dia ni saya pun tak faham dah walau hidup sbmbung. Silap saya jugak dulu kenal die tak lama terus stju bila die lamar. hambik sekarang haru biru.

asyik gaduh. Tak logik la bila dipukul tak melawan. tiga tahun kawen memang kerap bergaduh sebab dia suka berkasar dan mem4ki hamun saya walaupun kesalahan kecil.

Tahun ke 4, saya lebih suka senyap bila perangai baran dia datang tapi tak ada yg berubah. Lagi saya senyap, lagi dia memaki hamun rosakkan harta benda dalam rumah, jerit macam org gila.

Alkisah baru ni suami mengamok macam orang gile sebab duit dia hilang 10 ringgit siap tuduh saya curi dan pakej mem4ki hamun nama mak ayah saya sekali saya dpt.

Saya masa tu tgh tidur sbb balik lewat keja waktu mlm. Dengar dia menjerit jerkah, saya terus trbgun tido. saya tak curi duit 10 rggt dia tapi dia lupa dia letak di tempat lain.

Mulanya saya malas layan maki4n dia. sambil marah2 dia paksa saya bangun tido dan teman dia keluar makan. Saya ikut dan diam tak melawan sepatah.

Tapi masa dlm kereta die asyik tuduh saya curi duit 10 ringgit dia sampai menghina mak ayah saya. Saya hilang sabar dan saya balas maki4n dia.

Pada masa tu jugak dia menjerit dan tengking saya dlm kereta sambil buka pintu kereta dan tolak saya supaya jatuh dr tempat duduk penumpang. Masa tu dia tgh drive.

Saya melawan dan dia lvdah muka saya banyak kali. Saya lawan dengan tmparr muka dia dan tarik rambut dia. Dan pergaduhan bsr berterusan hingga hari ni. Saya ajak dia ke pej agama utk berbincang tapi lain yg jd.

Dkt kaunter pertanyaan, dia fitnah saya curang. Dia mengadu saya pvkul dia. Dia ckp dia ada bukti saya curang. Skrg ni saya cuma nak berpisah cara baik.

cukup 4 thn saya tersiksa tapi dia taknk bg kerjasama. Sementara belum ada anak ni rsa lebih baik berpisah dari lama2 saya jd gila. saya dan suami msg2 bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.

Jadi saya rasa tak jd masalah kalau saya hidup sorg. Lepas insiden kt pej agama tu saya terus pergi ke pej saya utk siapkan kerja. Dan tak lma tu, dia dtg dengan muka selamba dan ajak makan.

mcm takda apa jd. mtk maaf pun tak. Saya pun takfhm saya ke dia yg sakit jiwa skrg ni. Baik dia cuma sekejap, kemudian berbakul m4kian dan hinaan dia akn bg kt saya

Saya cuma nk hidup tenang sorg2, taknak bergaduh, taknak tmbah dosa berbalas maki hamun. tapi dia ckp die taknk berpisah. Saya difahamkan kalau tuntut fasakh, makan masa.

Skrg ni saya dah habis idea dan taktau nak buat apa. Saya tulis pjg ni sekadar luahan. pada perempuan2 yg belum berkahwin tu nak cari psgn tu cari la yg tak panas baran, cari yg solat, dan cari yg hormat org tua. Kalau tak, jd la mcm saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.