Isu Keluarga

Saya hanya nak meluahkan dari awal perkahwinan suami pernah cakap kalau dirumah hanya orang perempuan yang buat kerja sebab dia dididik macam tu

Assalam min. Saya just nak luahkan. Saya isteri n dah berkahwin 5 tahun. Kami bercinta dari sekolah. Selepas habis belajar kerja sekejap then kahwin.

Saya hanya nak luahkan dari awal perkahwinan suami pernah cakap kerja kalau dirumah hanya orang perempuan yang buat sebab dia dididik macam tu..untuk pengetahuan min.

Saya  juga bekerja. Saya la masak saya la mengemas rumah semua. Disebabkan saya anak sulong saya da biasa pikul tnggungjwb. Anak saya lebih rapat dengan saya. Saya sering bergado hal ni dan saya nmpk dia da berubah siket.

Saya akui saya agak perfectionist. Saya tak suka rumah kotor. Saya ubah diri saya biarkan shj rumah bersepah kalau terlampau penat tapi kalu sampah da sampai berulat singki da penuh takkan saya nak diam lagi. Suami saya takkn buat.

Saya da berbuih mulut tapi masih yang sama. Suami pulak makan cerewet kene masak. Saya memang jrang beli atau makan luar sebab makan cerewetnya. Kalau saya tapau suami akan komplen saya tak masak.

saya sakit hati bila suami tahu mengomplen itu ini. Saya la yang pergi beli lauk saya la jugak balik masak.. Allah je yang tahu bertapa penatnya saya. Suami saya ada gastrik.

Semenjak pkp suami saya ada anxiety mungkn disebabkan kan saya terlalu penat dan stress. saya pula mmpunyai msalah keluarga. saya lagi pernah mncederakan diri saya. disebabkn itu suami saya pula ada anxiety.

Sekarang dia tak bekerja sebab sakit hnya saya seorng bekerja. belanja pon apa yang patut sahaja. Saya bersyukur ada kwn2 bnyk bg nasihat pd saya. Saya banyak bersabar dan masih jalankan tanggungjwb saya sebagai isteri.

Kadang2 saya rasa mara dengan fmly suami kenapa la tak diberikn didikan yang betul sampai macam ni sekali susahkan pasagan. suami saya seorang penyabar jika saya selalu mara2.

Saya mara sebab saya penat sangat2 sebab saya yang uruskan semua. Saya risau hati saya akan jadi keras dan tak cinta lagi pada suami saya. Doakan saya kuat demi rumah tngga saya. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.