Isu Keluarga

Penat suami balik je dan automatik tiba2 saya ada 2 orang anak lalu suami cerita segala penat lelah dia kerja dan saya setia mendengar.

Salam KRT. Saya nak minta pendapat. Bila kita dah berkahwin, automatik suami kita yang akan jadi sahabat kita. Tempat kita meluahkan segala perasan suka duka dan mengadu sakit kita.

Tapi bila dapat suami yang tiada langsung feeling cuba nak selami masalah isteri ni, apa perlu kita buat?  Saya housewife, anak sorang. Hari hari hidup saya cuma habiskan sisa hidup di rumah je.

Penat. Sangat2 penat. Tolonglah jangan cakap housewife tak penat. Kami penat tapi kami jarang share penat kami pada orang lain sbb orang lain takkan faham. Suami balik kerja, saya kena sambung layan suami pula.

Penat suami balik je dan automatik tiba2 saya ada 2 orang anak lalu suami cerita segala penat lelah dia kerja dan saya setia mendengar. Saya hargai susah payah dia pergi bekerja mencari rezeki untuk kami anak beranak.

Saya pon ada penat saya dan saya pon perlukan tempat untuk mengadu. Tapi bila tiba turn saya pula nak luahkan perasaan, suami mcm acuh tak acuh je layan. End up saya lagi bertambah masalah. Masalah pendam hati.

Suami sakit saya jaga. Tapi bila saya mengadu saya sakit, suami punya respon buat sakit saya bertambah 10x ganda. Sebelum tu saya nak bgtau, saya ramai kawan dan suami selalu je bg saya ruang 3bulan sekali spent time pergi have fun dgn kawan2 tanpa anak dan suami.

Tapi masalah yang saya hadapi ni tetap saya tak boleh nak luahkan pada kawan2 saya. Sbb ini hal rumahtangga saya. Aib keluarga saya dan orang lain tak patut tahu, termasuk parent dan anak2 kita sekalipun.

Saya punya tahap stress pernah sampai rasa nak vunvh diri. Tapi saya masih ingat Allah. Tolonglah jangan judge saya tak berdoa, tak solat, tak itu tak ini. Saya masih ada iman dan tahu mana baik buruk.

Tapi soal ni tak dapat selesaikan selagi tiada sesi luahan hati dan talk sesama manusia. Saya perlukan support, saya perlukan respon, saya perlukan listener.

Tolong jangan kecam saya. Kalau awak alami masalah mcm saya dan awk masih kuat, TAHNIAH pada awk. Tapi saya tak dapat nak terus ada rasa kuat tu bilamana suami sendiri tak ambil peduli sakit kita.

Jujur saya cakap, satu hari nanti andainya Allah beri rezeki pada saya dan suami masih perangai macam ni mungkin saya akan tinggalkan dia. Saya lebih rela hidup membesarkan anak saya sorang2. Saya bertahan sbb saya fikirkan anak saya.

Kalau kami berpisah, saya takut hidup anak saya pula yang dipergadaikan. Saya taknak mcmtu. Saya nak anak saya membesar  diisi dgn penuh didikan dunia akhirat.

Maafkan saya andai tulisan saya ni seperti saya tak bersyukur dgn aturan hidup saya ni. Saya sekadar mahu meluahkan walaupun perit di hati masih sesak untuk dilalui. Saya harap suami saya berubah.

Saya penat dah nak slow talk berbincang bagitau apa yang perlu dia ubah kalau dia sendiri tiada effort untuk berubah. Entah2 mati saya nanti pon lepas 3-4 hari baru suami saya sedar.

Wahai admin, tolong jaga aib saya. Jangan sebarkan identiti saya. Maafkan aku Ya Allah jika tindakan aku meluahkan rasa hati di sini adalah satu dosa yang besar kerana telah membuka pekung di dada.

Tolong berikan aku ketabahan dan kekuatan untuk hadapi ujian ini. Semoga aku mendapat ganjaran yang besar dariMu suatu hari nnt Ya Allah. Assalamualaikum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *