Isu Keluarga

Masalahnya suami suka menyalahkan semua pada saya contohnya kalau anak kami tiba2 kuat menangis dia akan ceritakan pada family dia

Assalamualaikum warga krt..ini luahan hati saya yang saya pendam seorang.. Saya dan suami baru setahun berkahwin. alhamdulillah kami telah dikurniakan seorang bayi berusia hampir 2 bulan.

Sebelum bersalin saya dan suami PJJ. Semua macam baik2 sahaja. mungkin sebab jarang berjumpa. Suami saya memang seorang yang kurang bercakap. tak romantis. tapi itu bukan masalah bagi saya.

Masalah semakin menghimpit saya selepas melahirkan bayi pertama kami. Saya berpantang dirumah keluarga saya. suami akan balik hujung minggu sahaja kerana bekerja. suami saya tidak membantu saya berjaga malam melayan anak kami. saya boleh terima lagi.

Masalahnya suami suka menyalahkan semua pada saya contohnya kalau anak kami tiba2 kuat menangis dia akan ceritakan pada family dia. Dan ibu mertua saya terus mencari mana kesilapan saya.

mereka akan mempersoalkan cara saya menjaga anak kami. Saya agak tertekan sebab semua menyalahkan saya. saya masih kesakitan melahirkan. Cara dorang salahkan saya tu macam saya nak anak saya sakit.

percayalah saya sebagai ibu pun nak yang terbaik untuk anak saya. Saya yang mengandungkan dan melahirkannya..
Lebih tertekan. bila pulang ke kampung. ibu mertua saya lebih kerap cari salah saya.. dia cakap suami saya nampak makin kurus.

makannya seperti tak terjagasedangkan dalam pantang pun saya masak untuk suami saya kalau dia balik rumah family saya.. ibu mertua juga mengkritik saya yang lepas berpantang tapi masih belum kurus seperti dulu.

Tertekan bila asyik dikatakan mok mok mok. cara saya mandikan bayi juga serba tak kena dimatanya.. sapu minyak telon dada anak dikatakn nak hanguskan jantung anak.. saya kecewa..

suami saya langsung tak pertahankan saya sebagai isteri.. saya yang berjaga sepanjang malam untuk susukan anak. Salin pampers anak.. suami hanya tidur sahaja.. tetapi bila pukul 7 suami bangun dan bawa anak keluar dari bilik dipuji puji. Katanya pandai jaga anak..

Saya boleh menerima teguran ibu mertua saya tapi jangan la terlalu mengkritik hingga mengecilkan hati saya. Saya pun pertama kali jadi ibu. Banyak yang saya baru belajar.

Saya tak pernah complain anak lelakinya yang tak bayar bil api air ansuran rumah. Semuanya dibahu saya seorang. semua peralatan kelengkapan anak pertama pun saya yang sediakan.

masa mengandung suami tak pernah nak layan kehendak mengidam saya ke apa. Saya tak complain suami saya yang tak pernah mandikan anak kami.

saya tak pernah mengkritik anak lelakinya yang tak bertanggungjawab sebagai suami dan ayah.. tapi saya selalu dikritik sebagai isteri yang tak pandai jaga badan dan tak pandai jaga anak. Saya terlalu tertekan. Buntu tak tahu nak buat apa lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *