Assalamualaikum. Saya penat berpuluh tahun jaga anak saya. Bila dia da kawin dia suruh jaga pula anak2 dia. Lepas tu dia bagi duit cukup bulan,dia kata ke kawan2 dan dalam fb dia yang dia suruh jaga pun sebab saya bapak dan mak dia bosan kat rumah tak de apa nak buat, kadang dia kata dia bagi saya duit lebih baik dari dia bagi kat taska.
Tapi dia lupa yang dia bagi kat saya memang cukup2 je, bukan lebih pun. Tak lah sama banyak dengan dia bagi ke taska. Dia suami isteri sedap la, pergi kerja, lepas balik kerja jalan2 dulu. Time cuti dia laki bini macam orang baru bercinta.
berlengang macam orang tak de anak. Dia tinggal kat rumah saya je, yang saya ni nak ke kiri ke kanan jadi leceh. Sebab nak menjaga anak dia (cucu saya). memang la ni cucu saya tapi bila masa untuk saya rehat dan menghabiskan sisa2 hidup saya?
kalau sampai sekarang kena berkerja (menjaga cucu) mahu tak mahu saya senyum je depan dia bila dia suruh jaga tapi hakikat saya sebenarnya tak nak pun jaga. Kalau terus terang nanti tarik muka. Jangan la suruh cakap terus terang sebab anak pasti akan terasa.
memang la cucu, bukan benci tapi ada akal fikiran tu cuba la fikir baik2. Bapak dia kan da tua, da penat sangat, da macam hamba dia buat. Kalau terus terang nanti hati anak pasti terluka.
Sampai satu tahap saya berdoa harap saya cepat pergi menghadap illahi supaya dia takde harapan untuk menyusahkan saya lagi. memang la cucu tapi kalau nak hantar sekejap tu jangan la tinggal sini.
Sekadar jumpa 3-4 jam lepas tu bawa la anak balik. Tak bagi duit pun tak apa sebab epf saya dapat tiap2 bulan. jangan bagi alasan. kalau sebuk kerja suruh je isteri berhenti dan duduk rumah jaga anak, jangan 2 orang pergi kerja dan anak susahkan saya untuk jaga.
ni dia letak kat sini, datang petang ambil dan esok hantar lagi. Datang petang ambil esok pagi hantar lagi. Sampai la saya mati tak ada masa saya dengan dunia saya.
ni bukan soal berkira tapi soal masa yang singkat saya ada dan mak nya.
Kau dulu masa kecil kami jaga tak pun hantar kamu ke rumah atok nenek kamu pun. ada menantu pun macam ni. kalau tahu macam ni, dulu masa nak kawin dengan anak saya muka bukan main manis lagi. Da kawin menyusahkan mak dan bapa mertua. Ok sekian harap faham sebab kamu ada dalam grup ini.