Isu Keluarga

yang jadi masalahnya min setiap kali saya nak menegur dia secara berhemah tapi dia seakan tak terima teguran saya dan terlampau ego

salam min tolong hide fb saya. saya berkahwin dengan isteri hampir 10 tahun dan ada 3 orang cahaya mata. selama tu la jugak saya tak pernah marah atau tinggikan suara terhadap dia sebabnya dia memang seorang isteri yang baik dan sanggup berkorban untuk saya..

tapi setiap manusia tak sempurna kadang2 ada jugak kesilapan yang kita secara tak sengaja atau terlepas pandang. Yang jadi masalahnya min setiap kali saya nak menegur dia secara berhemah tapi dia seakan tak terima teguran saya dan terlampau ego.

saya tau dia rasa dia dah buat yang terbaik tapi takkan tak boleh ditegur langsung. selama saya berkahwin dengan dia apa pun keputusan mesti dia yang decide sama ada boleh pakai atau tak.

kadang2 kecik jugak hati ni min, ye la kalau setiap keputusan tu berpihak kepada saya je mesti dia merajuk dan marah2 dengan saya, balik2 terpaksa la saya mengalah jugak.. saya tengok pun adik beradik dia semua berperangai macam tu ego tinggi nak tunjuk masing2 bagus.

ni sekarang ni dia merajuk dan marah anak2 berpunca dari saya tegur dia je tadi. jadi sebagai suami saya ni tak layak nak tegur ke perlu ke saya diamkan je setiap benda yang dia buat, tak boleh bagi pendapat langsung ke saya dalam family ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published.