Isu Keluarga

Ceritanya saya dan suami sama2 bekerja kerajaan tapi alam rumah tangga saya hampir semua kerja rumah saya buat sorang2

Assalamualaikum min, tolong hide profile saya. Dah hampir seminggu saya dan suami takbertegur sapa. Masakan saya pon suami tak jamah. Dari awal puncanya sebab saya membebel dan tertinggi suara sikit marahkan dia.

Saya isteri anak 3, anak bongsu umur 1 tahun. Ceritanya saya dan suami sama2 bekerja kerajaan tapi alam rumah tangga saya hampir semua kerja rumah saya buat sorang2.

Seawal 4-5pagi saya akan bangun, siapkan baju anak2, baju suami,,beg sekolah anak2, pastikan kutip semua baju2 yg suami sidai merata2 (jenis sidai baju ikut.

kadang2 kat kerusi meja makan, kadang2 kt lantai), cuci baju, cuci semua pinggan mangkuk di sinki, pastikan meja makan, ruang tamu dan rumah bersih sebelum pergi kerja.

Masalah saya adalah suami jenis tak bantu. Makan pinggan sebiji pon dia tak angkat, dan tinggal atas meja makan smp naik semut. Baju bila balik kerja sidai sana sini. Selalunya sidai kt kerusi meja makan.

Saya balik kerja akan masak, lepas masak hidang makan sama2. lepas makan, dia terus duduk tgk tv. Saya baru nk pegang sabun cuci pinggan anak bongsu menangis2 nk menyusu (saya menyusu badan).

Selalunya saya akan tinggalkan dulu pinggan mangkuk dlm sinki dan pergi menyusu anak. Dengan harapan lepas menyusu pandailah suami tolong kemas dan cuci.

takde pon min. Saya habis menyusu, kadang2 penat sangat sampai tertido. kul 3-4 pagi saya bangun utk settlekan semua sebelum p kerja. Sebelum p kerja masuk baju dlm mesin basuh.

Balik kerja sebelum tido masuk baju dlm dryer (mujur sangat dpt dryer) Dalam seminggu ni, dia marahkan saya sebab saya dh stress sangat penat kerja lagi, penat anak lagi, penat dgn rumah tak terurus lagi..

Saya membebel dan dia tengking saya kata dia taksuka saya bebel. Saya teruskan bebel dan dia terus mengamuk tendang2 perabot rumah. Akhirnya smp sekarang tak bercakap.

Sejenis yg takbole ditegur. Saya buntu tataw macam mana nak betulkan suami. Nasihat saya, luahan saya, air mata saya tak pernah dia dengar. Dia cuma salahkan saya isteri derh4ka sebab melawan cakap suami.

Sejak kawen smp anak tiga mmg tak pernah berubah. Kerja cari duit sama2, bayar bil yuran anak2 sama2. Tapi part kerja rumah saya tanggung sorg2..

Leave a Reply

Your email address will not be published.