Isu Keluarga

Satu hari tu kucing aku beranak then anak dia semua m4ti aku pun cerita dekat jiran2 malangnya Keluar pula ayat dari mulut dia yang tak baik

Assalamualaikum min n semua ahli krt. Nama aku zahrah. Umur 31 tahun Dah 3 tahun mendirikan rumahtangga. Aku tak tahu nak mula dari mana. Ni isu anak. Ya anak.

Kesilapan dari aku masa zaman jahil dgn ex tunang aku. Aku dah telanjur. Yup 2 kali aku mengandung. Anak yg pertama aku follow 100% kata tunang aku. Aku gvgvrkan dgn makan pil. Then semua keluar..

Kali ke2 dia suh gvgvrkan juga Tapi masa tu aku mmg tak nak. Aku sujud merayu pd dia. Dia berkeras juga tak nak anak tu. Dgn alasan kesian kalau budak tu hidup. Budak tu akan tersisih tak dapat harta bagai.

Aku bekeras tak nak gvgvrkan. Tapi Allah lebih sayangkan anak aku tu. Cukup 4 bulan. Aku kegvgvran. Anak aku tak dapat di selamatkan. Dan aku pun ulang alik hospital sebab doc kata masa belah perut aku macam2 ada.

Ketumbuhan / sycs dan lain2. Sebab tu baby aku tak dapat bertahan. Dan pada yg sama doc sahkan aku tak boleh mengandung lagi. Masa tu aku rasa dunia aku gelap sgt. Tunang aku awal2 dah blah.

Alasan dia tu bukan anak dia. Sbb masa tu aku kawan dgn seorg lelaki. Melalui talifon je. Jumpa tak pernah sekali pun. Cuma tukar2 gambar je. Ok la. Aku pun lalui la hidup aku dgn kemurungan sampai masuk hospital amik ubat semua.

Nak di jadikan cerita aku kenal dengan suami aku skrg ni. Tahun pertama n ke2 kawin mmg huru hara rumahtangga.. Suami aku ni lurus. Family aku asik la pergunakan dia. Sampai dia berhutang puluh ribu dekat bank. Tapi aku pertahankan suami aku. Aku tak nak org main2kan dia lagi mentang2 dia lurus.

Family mertua aku dari kalangan org yang berada. Tapi alhamdulillah cukup baik. Abah mentua yg baik. Mama mentua yg penyayang. Aku tak rasa asing bila balik kampung suami aku. Mereka pun tak persoal bab zuriat.

Abah n mama kata yang penting aku n suami aku bahagia.. Ada masalah selesaikan la baik2. Ya. Mereka sempurna sgt2. Dalam lurus2 suami aku pun. Dia sempat juga ada scandel. Salah aku, Mula2 kawin nafkah bat!n dia aku abaikan.

Aku betul2 benci dgn dia. Sbb dia bukan taste aku. Klu ingatkan semula.. Bertingkat2 bodo aku sebenarnya tapi alhamdulillah dia berubah, Berubah yang aku rasa terlalu drastik. Suami yg baik, Urut aku, Cuci kain.

Jaga aku n manjakan aku dgn sempurna. Alhamdulillah suami aku seorg yg bekerjaya. Selepas kawin makin lama. Makin mencurah rezeki. Suami aku tak pernah kedekut duit atau makanan. Suami aku.

Mentua aku n big families suami aku atau aku tak pernah soal bab zuriat. Semua sentiasa mendoakan aku boleh. Kuasa Allah. Semua bagi aku sokongan moral.
Nak dijadikan cerita aku pindah. Suami aku pindah sini sbb dekat dgn tempat kerja.

Sebelum ni aku duduk rumah family aku.
Satu hari tu kucing aku beranak then anak dia semua m4ti aku pun cerita dekat jiran2 aku ni ahamdulillah jiran aku baik2. Tapi dalam 10.

Sorang mesti mulut longkang. Keluar pula ayat dari mulut dia. (MALANG SUAMI KAU KAN KAWIN DGN KAU.. ANAK SENDIRI M4TI DGN ANAK2 KUCING SEKALI M4TI.. KAU NI MMG SI4L LA..) ya. Aku tersentak! Gelap kepala n hati aku..

Tiap hari aku menangis.. Aku berdoa pada Allah.. Jgn la atas dosa aku yg lalu.. Kau hukum suami aku. Ada yg kata suami aku tak pandai buat anak.. Suami aku m4ndul. Skrg ni aku paksa suami aku kawin lain..

Aku sanggup berkorban n berkongsi. Suami aku menolak 100%. Dia kata dia bahagia mcm ni. Tapi usia suami aku makin hari makin tua.. 1 hari aku tahu… Dia akan dengar juga org2 memerli dia.

Aku berubat sana sini.. Dari doctor pakar sampai la ubat kampung. Tapi belum juga ada. Aku nak suami aku rasa kehidupan berumahtangga yang sebenarnya. Ada anak n segalanya.

Dah 2 hari suami aku tak tegur aku. Sebab aku paksa dia kawin lagi untuk zuriat. Salah ke apa aku rancangkan untuk suami aku? Salah ke aku buat untuk kebahagiaan suami aku? Kepala aku berdesing macam2 skrg ni.. Perkataan

Maaf coretan aku panjang berjela.. Aku x dpat meluah bende ni pd ibu aku atau suami aku. Aku perlu pandangan org lain juga. Bantu aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published.