Isu Keluarga

Pernah haritu aku demam anak sulung aku pergi mintak nenek dia masakkan meggi malangnya nenek dia cakap tak reti tunggu ayah balik

Assalamualaikum admin. Saya minta profile saya dirahsiakan. kisah aku ni berkisahkan tentang aku menganggap ibu bapa mertua seperti ibu bapa sendiri tetapi sebaliknya kepada aku dan anak2ku.

Aku dah kahwin 4 tahun lebih ada anak lelaki dua org tgh fasa melasak explore sana sini, bagi aku tu semua perkara biasa sebab budak tgh belajar. tapi apa yang atuk nenek dorg anggap cucu2 dorg ni bu4s, perkataan tu jela yang aku hadap dengar hari2.

walaupn setitik peluh pun aku tak mintak tolong dorg jaga cucu2 tu, fully aku jaga siang malam bapa dorg bnyk juga tlg jaga urus anak, aku nak berak pn aku bukak cartoon kat tv bg dorg stay situ kejap supaya takmain benda bahaya.

kadang tu yang kecik tu taknak pisah aku angkut bawak masuk jamban walaupun aku boleh mintak tolong atuk nenek dorg jagakan kejap tapi aku tak sanggup nak dengar mulut bising dorg jaga tak sampai 2 minit dah mcm2 aku dengar dorg cakap dari dalam jamban tu..

aku keluar pergi mana2 pun aku bawa anak2 aku tak pernah tinggal. mungkin org lain boleh positive mungkin keluarga dorg ni dah biasa dgn perkataan bukan2 kat anak aku ni bnda biasa pada stgh org.

tapi pada aku tak sebab kat cucu2 lain aku tak pernah dengar dorg sebut perkataan2 tu semua walaupun ada benda yang cucu lain tu buat lagi dasyat contoh rempit moto sampai jatuh luka sana sini.

aku tak suka anak aku dikata mcm2 sebab semua tu dia tapi aku fikir balik harap tak diperkenan la doa2 tak elok tu sbb bukan dari ibu bapa sendiri.

Pernah haritu aku demam memang aku tak mampu langsung nak bangun, anak sulung aku pergi mintak nenek dia masakkan meggi nenek dia cakap takreti tunggu ayah balik,

betapa luluh aku dengar dari dalam bilik aku menangis tapi aku takmampu lgsg nk bgn sbb kepala aku sakit.. anak aku minta benda palingĀ  mudah je pn..

Sebb pagi tu dia mkn benda ringan ja aku mampu bagi lepastu sampai ptg aku anak2 aku berkurung ja dalam bilik ta bagi pergi mana taknak anak2 aku kacau atuk nenek dorg.

seharian aku tak makan haritu takda sapa yang datang tanya, kalau aku mti sorg2 dalam bilik depan anak2 aku tunggu suami aku balik baru dorg tau agaknya. suami aku alhamdulillah suami yang baik sabar kerenah anak2 tak pernah sebut bukan2, bnyk tlg jaga anak2.

ya aku tinggal dgn keluarga mertua atas alasan suami aku rumah ni takda sapa2 dan mungkin buat masa ni faktor kewangan tak mencukupi, aku tgh cari penyelesaian nak tambah income tapi bukan dengan kerja di luar sbb aku dah sayang nak tinggal anak2 aku kat org..

korg doakan aku jumpa jalan penyelesaian supaya family aku ada crib sendiri.. kecil pn aku takkisah. ini pulak aku nak cerita pasal anak aku ni takboleh nak buat apa lgsg, budak dalam learning process biasa la bnyk la benda pelik2 dorg nak main mcm penyapu periuk kerusi tapi belum apa2 dah kena tempik jangan.

jangan itu jangan ini. learning process anak2 aku ni terbantut kalau kat rumah ni. sebab tu bila aku balik rumah parents aku, aku biar je dorg nak main apa selagi takbahaya. aku minta korg doakan aku bersabar dengan ujian ni, dan akau dapat keluar dari ujian ini suatu hari nanti.

aku sayang suami aku aku sayang anak2 aku, kadang2 aku stress dgn benda ni aku terlepas kat suami aku jadi punca pergaduhan pernah hampir bercerai, doakan rumah tangga aku berkekalan hingga ke jannah…

aku ikhlas sayangkan parents in law aku tapi faktor2 mcm ni buatkan hari makin hari aku memendam rasa aku banyak diam dari bercakap skrg, bercakap bila perlu sahaja tapi bukanlah aku perang dingin dgn dorg..

cuma boleh dikatakan aku tawar hati dengan layanan double standard terhadap anak2 aku berbanding cucu2 lain..

terima kasih sudi baca coretan aku yang panjang ni, aku sekadar ingin meluahkan rasa bg hilang sikit sesak kat dada ni.. aku sedia membaca pendapat2 korg..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *