Isu Keluarga

Sebulan selepas tu saya ingatkan benda ni bakal berakhir tapi saya dikejutkan pula dengan isteri jiran tersebut chat suami saya pagi buta sebab nak pinjam pengampai baju

Assalamualaikum admin,  Saya seorang isteri yang  jenis buat hal sendiri & setia dengan pasangan dan dikurniakan seorang anak bersama suami tercinta.

Saya tak faham kenapa & apa masalah jiran saya ni jadi attention seeker kepada suami saya, padahal umur dia 40 lebih dah manakala suami saya baru 25 tahun.

Dulu masa berbaik dengan dia, dia kerap jenguk mana mana tingkap rumah saya, semata nak berborak dengan saya. Walaupun suami saya tengah tidur, dia tetap cuba selak langsir & tingkap untuk bergaul dengan kami.

Kalau saya tengah memasak pun, sanggup dia datang tingkap belakang untuk sibuk tanya kami masak apa. Suami saya jenis dalam rumah pakai seluar pendek tanpa baju so pernah sekali suami saya baru keluar dari bilik air dan masa tu dia (di luar tingkap dapur) sedang berbual dengan saya (memasak di dapur).

Kemudian dia perhati setiap tubuh badan suami saya sambil bertanya “Kenapa dengan parut kat peha dak abang tu?” Tapi masa tu saya cuba berfikiran possitive mungkin dia mengambil berat tentang hal kami walaupun agak melampau.

Saya cuma kata “Oh kesan excidnt lama.” Kemudian awal tahun ni, ada berlaku tanah tenggelam di jalan nak masuk ke rumah kami. Kami tinggal di kawasan kampung. Rumah kami & jiran semua dekat  dekat.

Isteri jiran ni risaukan keselamatan suaminya masuk ke jalan tu dengan kereta kemudian dia sanggup datang rumah saya pagi pagi semata jumpa suami saya untuk tolong tutupkan lubang tu supaya senang suami dia masuk, katanya suami dia penat so tak sempat nak buat tanah tenggelam tu.

Banyak sangat dia cuba pergunakan suami saya. Suami saya jenis sangat menghormati orang, tak pernah langsung saya dengar suami kurang ajar dengan orang. Tapi makin lama, saya sendiri yang taktahan suami dipergunakan oleh orang macam tu.

Juga bila kes pendemik mula mula dulu, ada buat agihan bantuan daripada ketua kampung. Jiran ni sanggup call suami saya tanpa pengetahuan saya (padahal dia ada no phone saya) untuk meminta suami saya supaya tolong ambilkan bantuannya juga dan hantarkan ke rumahnya.

Alasannya sebab suami dia busy kerja so tak dapat ambilkan. Padahal suami saya pon busy kerja juga, keluar sekejap untuk ambilkan bantuan je.

Benda ni berlarutan saya sabar sampailah satu tahap saya kena masuk shift malam. Suami pula kena jaga anak sementara saya kerja dan masa tu ada cousin suami (lelaki) datang ke rumah untuk lepak.

Tiba tiba saya dapat call dari suami yang isteri jiran ni selamba bukak gate & masuk ke dalam rumah dengan alasan nak ambil kembali pinggan mangkuk yang baru siang tadi dia bagi lauk.

Masa tu Ya Allah, mendidih sangat hati ni bila dapat tahu. Suami & cousin tercengang je bila dia masuk ke rumah terus ke dapur tanpa segan silu. 7 pagi saya habis kerja terus balik ke rumah tanpa menegur jiran tersebut.

Sebulan selepas tu saya ingatkan benda ni bakal berakhir tapi saya dikejutkan pula dengan isteri jiran tersebut chat suami saya pagi buta sebab nak pinjam pengampai baju luar & sebagainya.

Takda langsung dia cuba chat saya untuk pinjam apa apa. Kenapa suami saya? Kadang malam buta anak saya menangis pun, dia chat suami saya tanya keadaan anak saya. Sumpah saya lama sangat makan hati dengan sikap dia.

Sampailah satu tahap saya sendiri chat suami jiran untuk bagitahu semua tingkah laku isterinya sendiri. Tapi paling mengejutkan suaminya taktahu apa apa malah suaminya backup isteri konon suami jiran yang minta isterinya chat suami saya. Tapi saya tak mudah percaya.

Lepas je daripada kes saya sound suami dia untuk tegur isterinya, sampai ke harini mereka tak tegur saya dah. Mungkin ayat saya pedas agaknya. Tapi tak lama pun isteri jiran tu diamkan diri, lama lama dia tetap menegur & mempergunakan suami saya.

Sampailah akhirnya, saya sendiri yang warning suami untuk abaikan setiap ajakan atau pertolongan daripada dia. Suami akur.
Apa pendapat semua ye dengan situasi begini? Betul ke tingkah laku saya? Kadang saya rasa saya yang over protective & jealous.

Tapi bila fikir balik, memang jarang sangat nampak saya jealous selama ni. Sebab saya tahu suami sangat setia dengan saya. Keluarga mertua yang memahami hal ini pon nasihatkan saya untuk tetap bersabar.

Minta share pendapat yang murni & doakan hati saya tetap tabah dalam menjalani kejiranan seperti ini sehingga saya & suami mampu untuk berpindah

Leave a Reply

Your email address will not be published.