Isu Keluarga

Masalahnya sekarang bekas suami sering menghubugi saya  mengatakan kalau dia sangat merindukan saya

Assalamualaikum. Admin tolong hidekn profile saya. Saya seorang janda anak dua yang baru setahun berkhwin dengan suami (bujang) dan sekarang hamil 4  bulan. Saya  bercerai kerana bekas suami kaki perempuan. Alhamdulillah di perkhwinan nie saya amat bersyukur dengan segala yang saya miliki.

Suami yang baik, bertanggung jawab dan sentiasa utamakan keluarga ,suami saya nie pun tak suka berkawan atau lepak2 dia hanya keluar bila kerja n cod barang itu pun nak bawa saya sekali bila cod brang kononya  dia tak nak isteri anak2 sendiri kat rumah, ibu mertua dan biras2 saya pun sgt baik dengan saya.

Berbeza dengan 10 tahun lepas masa perkhwinan yang pertama dulu. Sesungguhnya perancangan Allah tu sanggat indah. kini saya seorang suri rumah sepenuh masa. hanya suami yang berkerja dengan gaji dlm 4K sebulan tapi tapi alhamdulillah kami sangat bersyukur dan segala cukup buat kami sekeluarga.

Untuk pengetahuan semua saya dan suami yang ambil tanggung jawab buat keperluan anak2 dan apa yang anak mahu kami akn tunaikan insayallah andai tidak lebih dari kemampuan kami suami isteri. Suami saya sgt2 sayang dengan anak2 saya walau pun bukan darah daging dia..

dan anak2 pun sayang dengan suami lebih dari ayah kandung dia sendiri tapi hubungan kami dengan bekas suami alhamdulillah baik dan saya n suami pun ada menolong dia n isterinya jika ada kesusahan.

Ibu mertua pun sayang dengan anak2 saya dan selalu berpesan dengan suami jgn sesekali abaikan tangung jwb dengan anak2 saya dan suami  jawab itu dah jadi anak2 dia dan dia akan selalu berusaha untuk anak2 berjaya dan tak akan rasa kekurangan.

dalam hati terdetik alhamdulillah terima kasih ya allah. Dari sebelah family saya pun amat sayang dengan suami sebab dia suka bantu org bila susah, buat pengetahuan semua suami nie jenis org yang kuat simpan duit sebab dia takde hutang apa2 dan saya pun sama sebulan kami keluarkan hanya untuk rumah &belanja dapur 1k.

So klu anak2 punya keperluan ,duit bulanan mak n mak mertua pun kami akan simpan siap2 dari duit simpanan jualan barang. Lupa nak cerita suami pun ada part time job jga, duit dri jualan nie kami buat simpanan untuk keperluan anak2, mak n mak mertua atau buat shopping yang perlu..

setiap hari juga suami akan bagi saya duit tabungan rm50 sehari untuk keperluan saya bila hujung bulan tiba. Kami suami isteri amat menjaga kebajikan ibu n abah kami dari kedua2 keluarga dan amanah iatu anak2 kami, sebab kami tahu yang rezeki kami tak pernah sempit sebab mereka.

Saya amat bersyukur apa yang saya ada sekarang dan insayallah akan jadi insan yang lebih baik sebagai seorang hamba Allah.

Masalahnya sekarang bekas suami sering menghubugi saya  mengatakan kalau dia sangat merindukan saya. dan saya memang sayangkan sangat pada dia dan sampai saat ini saya tidak boleh lupakan bekas suami dan saya tahu dia tidak bahagia bersama isterinya

Tapi saya sangat sayangkan suami saya sekarang. Kalaulah dia tak curang dulu, kami memang sangat bahagia. Bila suami saya tak ada, dia pernah datang kerumah senyap2 berjumpa dengan saya dan kami juga pernah terlanjur berberapa kali sebab dah terlalu sayang.

ΦTapi saya juga sayangkan rumah tangga sekarang dan dia pun tidak ada menunjukkan kalau dia ingin ceraikan isterinya. Saya buntu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *