Assalamualaikum min, aku ni baru hbis study la. So aku ada kenal sorang ppuan ni, lingkungan awal 30-an. Kitorang kenal dlm socmed. Mulany dia cakap dia sebaya aku je, kantoi dia sudah berumahtangga, dan hancur , which is divorced. Dia tipu aku.
Last dapat tau segala berkenaan dengan dia. Pada awalnya, aku anggap sokay lah ,if nak berkawan, even she cheat me. Lama2 aku jadi sayang pula dengan dia. Sampai sekarang dia sebenarnya sembunyi banyak benda daripada aku, but aku tau.
Aku cuma taknak jadi orang ketiga or perampas daripada relay mereka dlu. Btw, husb dia ni -ve person la senang cakap , tak perlu aku cerita sebab aib dan teruk punya lelaki.
Berbalik pada kisah relay kitorng tadi aku selalu bagi kata2 nasihat buat dia kerana dia menderita hampir 8 tahun dengan laki dia. Baru je divorced. Aku selongkar sedikit demi sedikit berkenaan dia.
Dia ni ada depression teruk dlm hidup, kisah2 silam yang aku rasai tak masuk akal kadang, but ia kenyataan. Family dia pun byk -ve, sehingga dia kena buang drpd keluarga dulu. Sampaikan dia tak ade t2mpat untuk bergantung, untuk luahkn masalah dia selain aku.
Aku je dia akan cerita segalanya pasal life dia bersama anak2. Member dia sorang ni , rapat juga dan aku kenal la. But, jenis tik4m belakang dalam tak sedar. Sampikn kadang tu relay kami pula yang renggang disebankan dia tu.
Aku pun tak faham kenapa Allah uji dia dengan pelbagai orang -ve yang hadir dlm hidup. Dia susah nak percayakn orang lain selain aku je sekarang ni. Aku ni tahap junior dia je, apa sangat aku tau, apa sgt boleh nasihat.
Sebab aku tak alami lagi alam kehidupan berumahtangga. Sekadar ckp boleh la.
Aku cuba kenal dia lagi, bila aku ckp sekadar nak kenal dan lihat husband dia, dia cukup marah dengan aku. Sampi aku kena stalker sendri untuk kenal.
One day, aku jumpa page acc di socmed ex husband dia. Apa yang aku boleh nilai drpd relay diorng ni. Perkahwinan mereka sememannya tak ade restu ibu perempuan tu, dan than laki tu pula hanya kawin untuk penuhi permintaan mak dia yang inginkan cucu.
Laki tu daripada awal lagi dia tak ade rasai sayang pada isteri dia, dalam segala hal. Dia hanya sayangkn anak2 dia, smpi dia ignore nafkah b4tin si isteri, n banyak habiskn masa dengan perempuan lain. Itu aku sekadar bagitau je.
Apa yang buat aku sebak sekarang tengok pic diorang saat bahagia dulu pergi bercuti, happykn anak2 diorng, aku sedih bila tengok ank2 diorng Itu, membesar dengan parent yang divorced. Bukan apa, sebab aku pun alami perkara yang sama terhadap parent aku, Itu pun Masa aku dah besar.
Apa yang jdi kusut fkiran aku sekarang ni, adakah aku unfair pada takdir apabila aku syangkn peremuan Itu, n for future to marriage?? Sedangkn bila parent aku divorced dlu pun, kitorang adik beradik cukup tak nak mak aku kawin lain.
N mak aku terima sbb anak2. Adakah aku fair untuk hadir dlm hidup budak2 itu? Aku buntu bila fkirkn masa depan kami. Apa perlu aku buat?