Isu Keluarga

Ceritanya masa kami dalam perancangan menghalalkan hubungan suami tlh dilanda krisis kewangan tapi family saya tak tahu

Salam admin..Perkenal kan nama saya Syana. saya dh berkahwin nak dkat 2 tahun. Belum di kurniakan zuriat. Doakan kami semua warga KRT. Mungkin cerita saya agak panjang sedikit. Kami suami isteri kerja biasa2 sahaja tapi Alhamdulillah pendapatan cukup untuk kami dan untuk ibu bapa d kampung.

Saya nak cerita tentang suami saya dan adik beradik dia. Alhadmulillah bapa mertua orang nya lembut. lain pula ngan nak mertua berbeza sedikit perangai. Awal perkenalan suami yang saya kenali. Sering d landa kesusahan. Saya lah yang tampil membantu dari segi kewangan, dulu masa bertunang kami pjj.

Dia kerja negeri lain. Saya kerja dlm negeri. Saya dah cakap awal2, nak kahwin awak kena pindah kerja dlm negeri. tak lah susah nak balik mana2. Tk membazir. Alhamdulillah dia ok.

Ceritanya dalam perancangan nak menghalalkan hubungan suami dilanda krisis kewangan tapi family saya tak tahu langsung. Saya jugalah yang kena keluar duit. Saya tinggikn sabar dan berdoa hari2 agar dh halal nanti dia jadi matang dan lebih bertanggungjawap.

Saya tinggal di rumah sewa yang di bayar oleh company. So saya hanya pindah masuk dan beli barang2 semua sendiri. hampir 10 tahun bekerja lengkaplh bilik saya. Peti ais, astro mesin cuci dapur gas oven. kiranya saya tk susah lagi.

Saya perlahan2 beli dlm masa beberapa tahun dan nanti dia dh jadi suami saya dia hanya cuci kaki. Saya tk kisah sebenarnya. Semasa masih bujang saya mengenalinya. Ada2 saja yang tk kena, nak pakai duit untuk inilah itulah, saya tetap sabar.

Doa saya harap dh kawen dia berubah saja tk boros dan sebagainya. Okey. di sini saya nak cerita tentang mak mertua. Saya tahu saya ne jenis free hair tapi saya dah berubah semenjak hubungan kami serius untuk nikah. saya ubah cara pemakain tapi blm serius berhijab.

Masa bersanding mak mertua menunjukkan wajah yang kurang senang. baik semasa acara bergmbar sekali pun. tapi saya tetap sabar. Jangan terlupa mak. dengan satu kisah anakmu. Semasa bertunang suami saya ada satu kes yang serius dan perlu di bayar Rm3500.

Saya sebenarnya tak tahu tapi abang dia menghubungi saya dengan suara kesal dan sedih menceritakan kisah tersebut. Allahuakhbar. hati saya d garu kesal sakit hati bercampur baur. Mereka tak ada duit sebanyak itu. mak mertua saya menangis2. Saya korek simpanan dan wang belanja saya bulan tu saya trpksa tambah lagi.

saya betul2 berjimat selama tu. Begitulah rasa sayang sanggup buat apa saja. Tunang saya bebas Alhamdulillah. giliran adik dia hubungi saya untuk mengucapkan Terima kasih. Saya ingatkan mereka akan mngingati kebaikan saya tapi sebenarnya   tak.

Lara juga rasa hati tapi saya kena sabar. Saya di lahirkn dari keluarga yang sederhana asal cukup dan tak meminta2. Rumah kami Alhamdulillah selesa untuk kami berbanding suami rumah mereka mempunyai ruang yang terhad.

Segan saya nak berehat awal. memandangkn bilik tu pun sekadar untuk kami singgah bermalam sahaja. Ruangtamu dan makan satu tempat. Di situlh lepak di situlh semua berkumpul membuatkn saya betul2 tk selesa.

Pernah waktu giliran nak tidur rumah mak saya.Saya semangat angkat beg depan pintu suami sedang kemas barang2 dlm kereta mak mertua jeling saya. mungkin terasa dengan cara saya. Jauh perangai dengan mak saya.

Tapi saya kebalkn hati je..aaya ttp hulur duit setiap bulan walau pun sikapnya mnjengkelkn. suami saya tk pernah hulur duit ngan mak bapak saya. Saya tk kisahkn sangat. Nafkah pun kdg bagi kdg tak. Syukur sebelum nikah saya dh buat perjanjian.

Awak klu tk mampu beri saya nafkah stiap bulan. Awak kena bagi duit untuk belanja dapur je setiap bulan Alhamdulillah. Bab tu dia akur. sebenarnya gaji saya cukup je untuk saya. paling penting dah gaji saya dahulukn mak bapak.

Apa mak bapak saya nak saya akn beri insyallah klu yang mampu. syukur permintaan mereka sekarang saya dpt tunaikn. klu yang perlu  harga lumayan. kami adik beradik akn berkongsi. Hari tu suami balik bercuti tanpa saya. kerana ada urusan keluarga.

Untuk pengetahuan kami  ada whatsaap group saya di add dalam fmly tu kadang2  saya akan bersuara. klu nak ckp dorang ne semua mulut lancang2 bercakap. Ada satu barang dlm kereta tu. Barang kesayangan saya. Adik ipar tangkap gambar. suami saya cakap jgn kacau kakak punya.

Dia marah mungkin malu kot saya ada dlm situ. saya diam je baca2. tapi ayat dia buatkn saya skit hati. Tapi saya pendam je buat2  tk kisah. Tahun lepas adik dia yang 1 lgi perempuan nak kahwin dah. tinggal sebulan lagi. Tup2 tak jadi. lelaki tu buat hal. saya percaya ne mcm karma.

kerana mulut lancang2 suka mengata2 orang itu ini. Adik2 yang msih bujang kakak nasihat tau. jgn asik2 nak perli2 kehidupan orang. berumah tangga ne bkn seperti mkn kacang. hati2 denga pertuturan bahasa kita. boleh jadi berbalik dengan kita. Jangan suka sedap2 mengata c itu c ini begini.

Diam sahaja dan tengok. kehidupan kita d hadapan tk tahu lagi. Abang kesayangan korang tu pun. belum lengkap menjadi suami yang sebenar2 suami. dia balik kampung pun kakak tambahkn duit lagi. Nak itu ini pun kena bincang ngan kakak.

kakak ne yang ada selalu tutupi kekurangan abg korang tu. Alhamdulillah kakak tk pernah bagitau apa2 kekuranagan pada abg korang. walau pun mungkin korang tahu kekurangan dia. Syukur Allah selalu permudahkn hidup kakak. buat mak mertua di luar sana.

Lihat diri anakmu dahulu sebelum menghukum menantu. mak tak tahu. Adakah anak lelaki mak dah cukup sempurna menjadi suami. Saya tk kisah klu tk mnjadi menantu pilihan. asalkan kalau mak minta  apa2 pun saya turuntukan.

mcm mana pun saya syang juga mak mertua saya mcm mak saya sndri. Nak itu ini pun saya insyallah tetap turuntukn. Buat yang bergelar suami. jadilah suami sebaik mungkin. Kalau tak  mampu bagi nafkah. jagalh perasaan isteri2 kalian.

kerana kami hanya inginakn kasih sayang yang tk berbelah bahagi..Terima kasih admin.Maaf coretan panjang dengan perkongsian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *