Isu Keluarga

Ceritanya baru2 ni suami menyatakan dia nak kahwin dengan janda anak satu sedangkan aku betul2 hairan macamna dia boleh terfikir nak kahwin lagi

Salam min harap dapat siarkan kisah aku ni.
Ceritanya baru2 ni suami ada nyatakan dia nak kahwin dengan janda anak satu sedangkan aku betul2 hairan macamna dia boleh terfikir nak kahwin lagi satu padahal dia sememangnya tak mampu dari segi kewangan atau bimbingan agama.

Bayangkan selama aku kahwin dengan dia keperluan aku sendiri pun kadang aku beli sendiri sb tak nak bebankan dia. Gaji bersih dia adalah dalam 2ribu lebih. Mana nak bayar rumah lagi, bil api air semua. Anak sekolah aku yang tolong bayarkan.

Barang-barang dalam rumah kalau nak beli mesti share-share beli tapi kebayakkan aku beli sendiri. mungkin dia rasa cukup sebab aku sempurnakan hidup dia. Sekarang gila sangat dekat janda tu.

Nak hadap anak tiri lagi yang demand macam anak orang kaya tapi tak tahu kerja umi’ dia tu mengikis duit laki orang. Anak aku sendiri kat bapak kandung dia pun berfikir kalau nak apa-apa sebab tahu bapak dia hanya mampu bagi makan ala kadar je.

Pernah lah minta dengan bapak dia belikan apa-apa tapi faham kalau tak belikan. Takde lah nak merajuk muncung itik tu. Hadaplah kau kalau jadi kahwin dengan janda tu. Suami aku ingat dia mampu kalau dapat sediakan tempat tinggal untuk anak dan isteri dan mampu bagi makan tu dah tunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang suami yang baik sangat-sangat dah.

Andai takde jodoh kami,insyallah aku mampu bahagiakan anak aku.Tolong doakan aku tenang hadapi semua ini dan berakhir secepat yg mungkin. Pesanan untuk janda tu..Tahniah kau dah berjaya buat keluarga aku hancur, tapi ingat aku akan pastikan akan ada org lain jgk yang akan hancurkan hidup kau dan keluarga kau nanti. Ini doa aku.Berbahagialah selagi kifarah hidup kau blm sampai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.