Isu Keluarga

Ceritanya apabila saya menghulur duit atau memberi pnjam duit saya sendiri kepada keluarga saya macam2 suami akan persoal seolah olah saya guna duit dia

Salam admin tlg hide profile saya. trima kasih krn sudi post luahan hati saya ni. Saya sorg isteri berusia 30thn. Suami saya muda stahun dri saya. Kami bgelar suami isteri hampir 3 thn dan blum dikurniakan anak.

Saya baru shj bhenti keja krn mslh yang dihadapi kat tmpt keja lama. Skrg hanya suami yang bkeja dan gajinya tak capai 2k sbulan. Kami hanya menyewa rumah bsama-sama adik ipar saya yang sdh bkahwin.

Syukur alhamdulillah suami saya masi mampu untuk mbayar sgala bil serta sewa. Masalah yang ingin saya kongsi skrg. Mil dan fil saya sering mnta duit kat suami saya walhal diorg tahu suami taklah bkemampuan sangat.

Suami saya akan kirim kat parents dia sbyk rm500 bulanan. Nilai duit itu masi tak mcukupi bg mereka. mereka sering meminta duit dengan suami saya. Untuk pngetahuan, mil dan fil hnya bkeja sbg peniaga kecil kecilan.

Namun, saya tak pernah nmpk hasil drpd pniagaan diorang. Mereka sering call suami saya dan beritahu bisnes tak balik modal, bisnes rugi, tak cukup makan, adik kecil kehabisan susu pampers dan mcm2 lagi alasan tapi yang saya tak fhm bagaimana emas Mil sntiasa btambah.

Mil jg sering berbelanja sakan dan beli barang yang branded. jnis tak nak kalah dengan org lain. org lain ada tu. dia pn nak yang lg upgrade. Suami ada 11 org adik beradik manakala suami saya anak sulung.

Mil dan fil dengan 6 org adik bradik suami yang blum bkahwin hanya menyewa rumah. Namun sewa rumah, bil2 utiliti, kereta semua anak yang sdh bkeja yang byar. Penah sekali mil fil minta sehingga rm1.6k drpd suami saya dlm sbulan.

Ipar yang lain turut diminta duit tetapi tak steruk suami saya. Mereka sering meminta hmpir stp mggu. bayangkan rm800 (duit dripada anak lain) bole hbis dlm msa 2 hri. kmudian call suami untuk minta rm600 slepas itu kmudian lusa mnta lg rm100.

Saya nak bsuara dengan suami psal ni. tapi suami saya jnis yang tak suka bila saya sentuh kluarga dia. pnah skali dia tengking saya gara saya tny klu ada mil ckp psal saya. yelah kot2 ada mgkn saya bole perbaiki kkurangan diri.

Yang lebih mngecewakan dia sering kutuk family saya. Namun saya hanya mampu mendiamkan diri krn malas untuk bertengkar dengan suami. Suami jg sering control duit saya.

Dia sering periksa pergerakan kewangan saya dan sering meminta saya untuk transfer duit saya ke account bank dia. Apa yang saya beli, duit masuk semua dia nak siasat. Alasan sebab saya ni boros. Stp bln saya akan kirim rm200 kpd ibu saya dengan mggunakan duit saya sndri.

Hasil saya bkeja dahulu. Ibu saya mrupakan ibu tunggal dan tak mampu bkerja krn mhidap masalah jantung. Belanja dapur, brg keperluan rumah saya yang kluar duit sebab saya kesian dengan suami saya tapi dia tak pernah nmpk smua itu.

Dia sering persoal apa yang saya buat dengan duit saya. Ceritanya apabila saya menghulur duit atau memberi pnjam duit saya sendiri kepada keluarga saya macam2 suami akan persoal seolah olah saya guna duit dia.

Yang lagi menyakitkan hati bila suami sering desak saya bila kluarga saya nak byar. Sedangkan kluarga dia pinjam duit dia hingga beratus beribu saya tak pernah pn nak desak2 dia. Suami tak pernah bg duit kat saya berbelanja .

Even barang keperluan peribadi serta baju2 saya sndri yang kluar duit. saya bkn jnis yang reti makeup atau pakai barang branded. Mil pla sering perli2 kat social media mngenai tggungjwb seorang suami biarpn sudah beristeri, syurga seorang anak llaki, berkat untuk anak lelaki.

Yang paling lucu mil siap pernah post “saya simpan emas sebab saya tahu bila saya ssah nnt xde sesiape yang akan tlg saya” Dah tu duit yang dikirim stp bln tu sape yang bg? hantu? Sampai saya rasa mluat untuk melihat post mil sebab dia akan post bnda2 macam ini stp bln.

Sebab tu saya sering mengelak untuk mengunjung mil fil sebab saya tak mampu untuk bpura2 gembira. Suami pernah ckp xde satu pn yang brani lawan ckp mil bahkan fil sndiri pn surrender dengan mil.

Mil jnis yang nak org ikut ckp dia, jnis yang suka mki hamun suami sndri, pnas baran. Sblm berkahwin dengan suami, mil pernah banding2 saya dengan mnantu2 dia yang lain. Smua mnantu dia org kaya2 kcuali saya.

Saya tak kisah dibenci ole mil. cuma yang saya harap suamiĀ  mmahami saya dan tak terlalu melebihkan kluarga nya sebab smpai bila bnda ni akan beterusan? saya fhm dia anak sulung.

tapi saya tak sggup tgk mil fil bterusan ambik ksempatan atas suami atas alasan dia anak sulung llaki. tak bg ruang untuk suami mnyimpan duit lgsung untuk kegunaan masa akan dtg kami laki bini.

Kadang2 smpai satu tahap saya rsa lebih baik saya xde anak drpd dikurniakan anak dlm situasi macam ini. salahkah bila saya berfikiran bgini? saya nak minta pdapat rakan2 kat page ni.

ada tak cara untuk selesaikan masalah prangai suami srta mil fil? minta maaf ayat btaburan sangat sebab saya stress sgt2.

Leave a Reply

Your email address will not be published.