Isu Keluarga

Kisahnya bermula apabila husband request nak berpoligami dengan alasan dia kesian dekat J tu.

Salam min. Tolonh hide profile saya. saya isteri kepada 3 org anak. dah kawin almost 12ys. kenal husband dari form 5 dan kami kawin muda min.

Kisahnya bermula bila husband request berpoligami dengan alasan dia kesian dekat J tu. seriously min saya dah semingu dalam keadaan yang kurang waras.. kadang2 nangis, kadang2 murung.

makan jangan cakap memang tak selera langnsung.. saya cuba jadi wanita yang kuat tak nak tunjuk kesedihan saya depan husband tapi apakn daya saya tak mampu nak lawan perasaan tu.

saya kenal J tu cuma tak ada keberanian untuk bercakap degan dia.. kadng2 saya terpikir saya ni jadi bdoh sebab nangis pasal husband tak guna.

husband dah banyak kali bersuara nak berpoligami ni tapi bnda yang sma juga saya ulang dekat dia yg saya tak mampu nak berkongsi. bila saya mintak dia lepaskn saya dia tak nak.

untuk pengetahuan suma saya ada bertnya pada husband apa kekurangan saya tapi husband cakap tak ada sikit pun kekurangan pada saya.. dia nak berpoligami tu atas alasan dia kesian pd J tu dan naluri hati dia terdetik untuk berpoligami..

husband saya jugak hanya mampu dari segi nafkah batin ja. kalau zahirnya secara jujur dia tak mampu.. kiranya duit gaji saya byk habiskn untuk bantu dia tampung perbelanjaan harian dan anak2.

maaf sekiranya ayat berterabur.. saya perlukn nasihat dan pendapat yang baik2 dari suma yang membaca. tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *