Isu Keluarga

Paling menyedihkan suami dah asingkan tempat tidur bila saya pujuk untuk tidur bersama dalam bilik dia tetap tak nak

Assalamualikum. Usia perkhwinan saya 5 tahun anak sorang. Nak tanya korang yang pernah becerai,cerai atas persetujuan bersama. contoh kalau isteri mulakan dulu cakap (kita cerai cara baiklah) tu kira isteri yang minta dulu ke,

padahal kami sama2 bersetuju nak cerai walaupun dia tak cakap tapi dari cara dia macam dia bersetuju nak cerai cara baik,  kalau becerai secara baik apa je isteri akan dapat dari suami selepas cerai.

yang saya tahu hak penjagaan anak perempuan bawah umur memang si ibu yang dapat. kenapa saya nak becerai sebab suami dah tak bagi nafkah b4tin dan der4 emosi saya, kalau bagi nafkah b4tin pun asal bagi je hanya untuk tanggung jawab dan kadang2 sampai setahun pun dia tak bagi dia sangup.

Suami cakap hati dia dah tak ada dekat saya, bila dia pandang saya, dia rasa kosong je, luluh hati saya bila suami cakap macam tu, macam tu je dia buang saya, kami masing2 ada salah masing2, tapi saya cuba nak berbaik tapi dia tetap tak nak.

walaupun suami bukan jenis yang marah, tinggi suara, nafkah makan minum tempat tinggal dia mmg sediakan,suami seorang kaki game dan dia kedekut,,nak isteri cantik tapi kedekut. Dia pun pernah curang dengan kawan sekerja dia, dan kantoi dengan saya, (naluri isteri kan kuat dan Allah beripetunjuk dia curang).

perempuan yg dia curang tu sksi,cantik putih tinggi, tu lah yang dia cakap dekat saya perempuan tu pun janda anak dua sedangkan saya dulu anak dara dan bila berkhwin dengan dia saya ada anak 1 dengan dia.

kisah yang lain atau kecuragan dia, saya tak nak cerita sbb menyakitkan. dia pun cakap dia dah tawar hati dengan saya sejak saya mula lahirkan anak tapi bila kita ajak berbincang dia main hp, main game, buat muka toya dia, tak layan saya, bila berbincang memang dia akan buat tak tahu je,

Dari saya cakap lembut sampai saya jadi marah bila bercakap dengan dia. Saya tahu dia dah tak ada hati dekat saya, dia pun pernah curang. mungkin sebab tu dia dah tak ada hati dengan saya, mugkin hati dia pada wanita lain.

kalau nak saya pertahankan rumah tangga ni tanpa kasih sayang seorang suami, saya tak mampu, saya rasa macam der4 emosi saya je. Paling menyedihkan suami dah asingkan tempat tidur bila saya pujuk untuk tidur bersama dalam bilik dia tetap tak nak.

Pekara macam ni lah yang buat emosi saya sangat2 tengangu. kadang2 rindu nak peluk suami, nak berbual bersama hmm tapi dia ttp dengan ego dia. kalau saya tgk cara suami saya ni bukan ego tau.

Memang hati dia dah tak ada dekat saya, kami duduk serumah tapi macam orang asing, macam saya ni baby sister je, hanya jaga anak tapi dia tak nak berbual dengan saya, saya rasa macam tunggul je dekat rumah ni, kami dah pergi kaunseling saya sendiri nak berbaik dengan dia,

tapi dia tetap tak nak berbaik. Kalau nak cakap rupa paras, suami tiada rupa pun, mugkin cuma dia berpangkat dekat tempat kerja, dan saya ada rupa paras dan saya suri rumah. Adakah saya masih bdoh untuk pertahankan perkhwinan ni demi anak, anak pun dia layan kejap je,

15 minit mcm tu dan selebih ye dia kan main game bila dia balik kerja. Adakah lelaki macam ni ramai dekat luar, adakah satu hari nanti dia akan dapat balasan atas perbuatan dia, adakah dia akan menyesal apa yg dia buat dekat saya.

Saya nak berpisah tapi hati saya berbelah bagi sebab anak dan ayah saya, ayah saya tak nak saya balik rumah dia kalau saya berpisah, mugkin dia rasa beban kalau nak tmpah lagi ahli dalam rumah, saya tahu dia pun dah tua, dan dah sakit2,

Tidak ada seseorang tu kawin nak berpisah, tapi kalau dah jadi mcm ni dekat saya, baik saya angkat kaki dan move on. kadang2 hati saya berkata, adakah saya mampu berdikari dengan anak nanti, yela sya tak ada apa harta cuma anak je harta yg saya ada lps berpisah.

Kalau saya bercerai dalam masa terdekat ni doakan saya bhgia dengan anak, dan Allah sentiasa lindungi saya dengn anak, juga doakan saya semoga Allah kurniakan rezeki yang tak putus2 untuk saya dan anak.

Doakan juga semoga suatu hari nanti suami saya menyesal atas segala berbuatan dia sebab aniaya saya dengan anak. terima kasih yang doakan saya dan berpendapat yang baik2 untuk saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.