Isu Keluarga

Ceritanya pernah satu hari saya masak tapi adik suami saya taknak makan siap dia cakap nak ibu dia yang masak

assalamualaikum min. Mohon hide profile saya yer. Minta pendapat dari warga krt semua. Buruk sangat ke perangai saya kalau saya tak tolong mak mertua saya masak dekat dapur?

bkn tak nak tolong tapi dia sendiri tak suka kalau ada orang tolong dia buat kerja. Saya hanya buat apa yang patut je macam kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, mop lantai sahaja.

Untuk pengetahuan semua saya akan masak bila hari suami cuti kerja saja itupun mak mertua akan masak yang lain. Saya bukan tak nak masak tapi bila saya masak masakan saya tak pernah habis selalu membazir.

Ceritanya pernah satu hari saya masak tapi adik suami saya taknak makan dan dia cakap nak ibu dia yang masak sedangkan time tu saya ada tengah basuh pinggan mangkuk di sinki. Terasa hati macam mana pun saya.

Saya tahan kerana saya ingat pesanan AYAH saya supaya jaga tingkah laku bila jauh dari diorang. walhal kalau balik rumah saya semua kerja saya buat sbb saya rindu nak masak ap yang saya nak mkn dan tak perlu jaga2 batas.

untuk pindah rumah bkn sbb tak mampu tapi saya kesian suami untuk ulang alik pergi kerja jauh. tapi Alhamdulillah suami saya memahami dan tak pernah timbul isu malas.

Hanya suami yang tahu rajin saya macam mana mls saya macam mana. Dan lg satu suami dgn keluarga dia pun dia tak rapat mana. saya tanya pendapat dekat untuk sedapkan hati saya yang galau saja.

Sebab saya perasan tiap kali saya join diorang mesti diorang ckp slow2 dan suka2 macam mengata je. Tapi saya fikir positif mls nak ambik hati. janji suami saya memahami. terima kasih admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.