Assalamualaikum semua warga KRT. Luahan saya sekadar pandangan dan ingin kan pendapat. Nama samaran kenali Lin dan suami saya amy. saya peniaga kecil2an dari tepi jalan hingga dapat gerai.
Suami saya dari bekerja dengan syarikat swasta terus berhenti kerja dan tolong mniaga alasan senang tak payah pasang kuli, saya nasihat dia kalau boleh biar bekerja ada EPF tapi sampai umur perkahwinan 25 th dia still tolong saya.
Episod duka saya bermula pkp dengan memang dia tak bekerja saya pun duk rumah. Satu hari saya dapat hidu dia curang dengan saya, saya merajuk hampir 5 hari tak niaga, hari 5 saya terus terang. kenapa buat macam ni. Apa salah saya. tak cukup ke.
Suami hanya cakap dia kurang perhatian. Saya cakap kan penat berniaga, anak2 da besar dah kawin sorang yang satu stpm yang kecik 4th kenapa perlu cari lain. Kalau tak suka tengok dia kahwin lain dia akan keluar rumah dan saya boleh tuntut fasakh.
saya merayu sebab anak nak STPM dan 4th sapa nak jaga tapi dia bagi satu syarat dia takkan keluar kalau saya izinkan dia kawin lagi satu. Akhirnya saya setuju. Bermula episod lebih terluka lebih sakit dan perit Allahuakhbar..
Saya cakap kenal kan bakal madu, tinggal mana duduk mana. Da kenal saya akan datang meminang dia, dari situ orang ketiga itu kaya orgnya bekerja sebagai cikgu gaji 9k. ada tanah berekar2.
Nak dijadikan cerita bermula dating hari cuti umum berdating 2 3ari balik sampai kann kalau tegur pasti masam muka bermulalah seminggu 4x keluar. di habuan nya cikgu dengan HP baju seluar yang mahal2. yang sebenarnya saya tak mampu nak beli.
saya kecewa sebab sampai sekarang saya tak kenal bakal madu saya.. makin dicari HP di block FB pun diblock sampaikan HP anak2 pun diblock. Memang bijak cikgu ni tapi yang tak bijak dia pengecut dan maruah tak tau laa letak kat kaki kot boleh dipijak2.
Kalau nak kongsi kasih kena lah kenal2 rapat dengan saya ank2. ni tidak yang 4 th je dia umpan mcm2 yang da besar2 ni langsung terus block. Saya dapat rasa yang cikgu ni hanya nak miliki sorang je suami saya. dia yang tak nak bermadu.
Paling saya kecewa hari lahir anivesry setiap tahun saya buat suprise tapi tahun ni sanggup sambut berdua dengan cikgu, boleh suami cakap kenapa tak cakap awal2 padahal setiap tahun kita skluarga sambut kat luar.
untuk sejukkan hati mungkin pukul 5ptg, saya wssp suami saya baliklah cepat saya dan anak2 bawalah kek dengan bangquet ke mall dan saya tggu tapi tak datang.. dia balas tak sempat sampai sebab jauh.
Allahuakhbar hati terlalu sedih dengan anak tanya mana ayah tapi saya tiada jawapan. Bila saya pos gambar berdua kat FB cikgu merajuk, suami saya pujuk kt tel sampai pkl 1pgi besok terus suami unfriend saya. bila ditanya alahai FB je.
Tapi dengan cikgu tak unfriend pulak. Tatkala cuti terpaksa saya dan anak2 lupakan sebab setiap kali cuti umum atau Jumaat saat tulah dia keluar dating. Sekarang saya dalam proses penceraian.
Saya cakap kat suami saya boleh gila hari2 diperlakukan begini dan pujuk pisah secara baik.. saya cuba bangkit dengan mencari kerja lain dan saya beranikan diri untuk ambil lesen memandu.
Dari mana income nak masuk, kalau dating je cuti 2 3ari gerai tutup. saya mengalah dalam fikiran saya biarlah orang yang sayang bahagia. biar laa saya hidup susah tapi anak2 ada dengan saya, biar pun rumah sewa saya akan cari kebahagian walaupun hati saya terlalu sayang dan cinta kan suami saya.
Saya berharap cikgu dapat bahagia kan apa yang saya tak mampu beri. Bahagiakanlah suami saya jaga la sebaik2 nya. Untuk suamiku Amy kerja lah cari lah nafkah untuk anak2.
biar ku bawa setiap kenangan bersemadi hingga ke hujung nyawa. Ingat merampas kebahagiaan orang lain selalunya tak kekal lama Nukilan dari hatiku..