Isu Keluarga

Ceritanya Min saya dengan suami ibarat housemate sahaja bila waktu tidur suami akan sengaja mengasingkan diri

Assalamualaikum min. Mohon hide kan profile ye. Bagi orang lain mungkin masalah saya ini di anggap kecil. Tetapi ia dah seperti barah dalam hati. Izinkan saya untuk menumpang bahu kalian. Agar dapat ringankan sedikit bebanan.

Alhamdulillah saya sudah ada 4 orang putera.. Dan mempunyai  suami yang baik, rajin, selalu bawa anak isteri jalan2.
Di depan orang lain mungkin ramai cemburu dengan saya sebab mempunyai suami pandai masak, jaga anak. Kemas rumah.. Cakap ajer teringin nk makan apa semua disediakan.

Tetapi kebaikan dia tak mampu untuk menutup kesedihan saya. Ceritanya Min saya dengan suami ibarat housemate sahaja bila waktu tidur suami akan sengaja mengasingkan diri.

Saya tertanya apa salah saya. J!jik sangat kah saya ni. Bila terpaksa tidur sebilik dia akan tidur dibawah. Pernah sekali semasa di kampung saya bersusah payah gantung kelambu siapkan tempat tidur dia tetapi dia boleh pergi tidur Tempat lain sanggup bernyamuk, berpanas..

Saya rasa bertapa hina nya saya di mata dia.. Dia hanya mencari saya bila dia ingin bersama saya. Terkadang saya rasa ingin berpisah sebab nya saya saya rasa seperti suami tak wujud.

Seperti yang kita tahu hukum isteri mengasingkan Tempat tidur suami berdosa? Bagaimana pula dengan suami?

Leave a Reply

Your email address will not be published.