Isu Keluarga

Paling menyedihkan sangat bila saya pernah ajak suami solat malah dikatanya kepada saya kalau “awakkan pandai solat sendiri solat lah tak payah nak tngu di imamkan”

Asalamualaikum. Saya seorang isteri , Seorang Ibu muda, Saya mengaku saya ada rupa, Tidak bekerja. Suami seorang yang baik dalam melaksanakan tangungjawab, nafkah zahir memang tiptop.

Cuma saya tiada tempat untuk meluahkan , tiada tempat untuk bercerita hal sehari-hari. 6 tahun perkahwinan suami tak pernah jadi Imam walaupun sekali.

Paling menyedihkan bila saya pernah ajak suami solat tapi dikatanya pada saya kalau “awak pandai solat sendiri solat lah tak payah nak tngu di imamkan”. 6 Tahun  Sekali pun tak pernah nak imamkan, Bila  bawa berjemaah.

Dia kata macam tu tapi bila orang bawa bejemaah di masjid, Sepantas kilat. Suami saya bukan lelaki yang solat 5 waktu . Jangankan sehari sekali , sebulan sekali pun payah nak nampak.

6 tahun perkahwinan dia tak pernah tanya hari2 saya macam mana sedangkan saya selalu bertanya hari2 dia.. Kadang2 rasa berat dada, Nak sangat meluahkan perasaan, Rasa penat lepas urus keluarga, Rasa penat urus anak2.

Tapi suami sendiri pun tak lalu nak dengar. Tapi bila orang lain di landa masalah, Nak minta pendapat, Dia selalu jadi orang yang pertama nk tolong. Tak kisah kawan atau keluarga sebelah mertua.

Dulu buat kerja rumah semua tip top, dari masak, Mengemas, Jaga anak, Jaga suami semua saya sediakan on time .. Tapi sekarang kadang2 rasa tu dh xada macam dulu.

Lepas kahwin saya dah tak ramai kawan macam dulu dan semua kawan yang dulu pun dh ada kerja dan keluarga masing2  Jadi saya tak nak gangu privacy orang lain. Jadinya saya hanya pendam sedih tawa sya.

Kalau anda di tempat sya  Apa yang anda buat untuk melepaskan rasa berat menahan perasaan ne? Kadang2 penat dengan perkahwinan macam ne. Di buat macam tungul.

Leave a Reply

Your email address will not be published.