Isu Keluarga

Ceritanya suami nak saya buat semua kerja rumah sedangkan semua tu adalah tugas seorangsuami isteri ni cuma menolong tapi kalau dh saya buat keje rumah semua cakap saya pem4las

Salam min. Hide saya punya profile min.. Saya ni dalam proses penceraian, sebelum kena cerai dengan suami saya, saya keluar rumah dengan anak sulong sebab nak selamatkan diri daripada kena pvkvl.

Tapi saya tak sempat nak ambil anak saya yg no 2, anak baru 2 bulan. Anak sulong umur setahun 2 bulan. Saya keluar dari rumah naik moto dengan bawak beg.

Saya pikirkan keselamatan anak jugak jadi saya tinggalkan. Memang salah saya tak ambil dua dua anak. Nak pakai grab pergi rumah family duit cuma ada 6 ringgit. Paling kurang naik grab kena 30 ringgit.

Jadi saya naik moto jelarh. Suami jenis panas baran, ringan je naik tangan dengan kaki. Kadang2 nafkah tak bagi. itu saya tak pegang duit banyak.

Masa berpantang pun, suami tak kasi berpantang rumah mak saya, disuruh berpantang sendiri, anak jenis kuat meragam, jadi saya tak dann nak buat keje rumah dalam masa berpantang

Tunggu anak2 tido baru saya kelam kabut buat keje rumah, mencuci baju, memasak, lipat baju, sidai baju. Kadang2 tak sempat mandi sebab nak settel kan yg lain dulu . Kalau anak dh bangun susah nak buat keje.

Suami pulak keje malam, siang baru balik. Kalau ada yg tak kene dengan hati mula larh bising2 nak marah cakap saya ni perempuan si4l.

Suami nak saya jadi macam mak dia, kerja rumah semua mak dia buat, suami nak saya buat semua. dia goyang kaki. Suami nak pikir dia keje je. Keje rumah niĀ  semua nak saya uruskan sendiri.

Dulu mak2 semua boleh larh, sekarang kena ada komitmen suami jugak. Dia tak pikir ke semua keje rumah sepatutnya suami yg buat , isteri ni cuma menolong je.

Tapi kalau dh saya buat keje rumah semua cakap saya pemalas lagi , saya tak tahu nak cakap apa lagi. Habis tu hantu ke yg memasak, cuci baju dekat rumah tuh .

Lepas tuh cerita dekat semua orang yg saya ni pemalas, aku tak paham betul. Saya bangun pukul 7 pagi dah dikira pemalas. Adik beradik dia bangun tengahari tak ada pulak dia bising.

Dia nampak kesalahan saya je, kesalahan dia tak nampak. Sepatutnya time berpantang kena jaga elok2, ini saya penat , saya stress. Sebaik tak kena meroy4n. Haihh.

Ni sekarang berdebat pasal berebut nak jaga anak no 2 tuh. Saya buat report polis nak ambik anak tapi suami tak kasi, saya sampai kena demam bengkak susu.. Saya tahu salah saya tinggalkan anak no 2,, tapi saya ni ibu dia.

Saya mintak nak jaga dia je, suami tak kasi.. Anak baru 2 bulan lelaki. Patut ke saya fight dekat mahkamah ambik hak penjagaan.

Sebab suami ni jenis panas baran, takut nanti dia dtg rumah family saya bawak p4rang. Jadi macam ye? Nak mintak pendapat, nak bagi dia jaga anak tuh ke macam mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published.