Isu Keluarga

Ceritanya suami seorang yang sangat baik usia perkahwinan kami masuk 9 tahun sampailah awal tahun ni ex gf suami muncul semula

Terima ksih admin. Saya rasa terhimpit sangat. Saya seorang surirumah penuh masa. Masalah rmh tgga saya bermula awal tahun ni. Dan masih berlarutan hingga kini. Suami seorang yang baik. Tersangat baik.

Tahun ni, masuk 9 tahun kmi kahwin. Cuma, awal tahun ni, ex gf suami muncul semula. Utk pgetahuan, dia cinta pertama suami. Sebelum khwin, suami sdh cerita psal ex dia ni. Diorang pisah sebab tak dpt restu dari fmly sebelah pempuan. Suami undur diri.

Mereka tidak pernah berhubung selama lebih 8tahun,sehingga la awal tahun ni, ex suami chat suami semula. ( melalui mssger, dan dlm masa yang sama, ex suami screenshoot semua perbualan dengan suami, hantar ke mssger saya) saya terkejut suami masih bersayang2 dengan ex nya.

Masa tu suami keja. Balik rumah, saya terus tanya suami psal hal tu. Saya bagi tengok screenshoot yang ex nya hantar pada saya. Suami diam. Saya mula menangis, saya faham makna semua ni. Tidak pasti berapa lama dari kjadian tu, suami bagi tahu dah block ex nya. Berjanji x akan buat lagi.

Tp hanya 1 bulan dari itu, ex nya chat lagi, tp mguna kn profil baru. Dia merayu suami kembali semula pada dia. Dia chat saya maki hamun, yg betul2 boleh buat saya hilang dunia. Suami seakan tersepit di antara saya isteri nya, dan ex nya, cinta pertama nya.

Bermacam2 ex nya post dalam fb, suami tidak ambil 1 tindakan pun untuk myebelahi saya, mahu pun myebelahi ex nya. Saya sakit dari dalam. Tidak tahu mahu meluah di mana. Sehingga la hari ini, ex nya masih setia untuk chat saya.

Ungkit masa lalu dia dengan suami. Saya pernah bersemuka dengan suami. Cuba untuk selesai kan hal ini. Saya bagitau suami, kalau dia berniat mahu kembali dengan ex nya, saya tidak mahu jadi penghalang, anak kami 3 orang, saya akan jaga.

Saya cuma penat dengan semua ni. Saya penat menangis. Tapi suami sungguh2 menolak. Suami kata, sedang kan ex nya yang baru berapa bulan dia kenal, susah untuk dia lupa kn, apatah lagi saya, yang sudah bersama dia hampir 9 tahun.

Tapi saya tidak kuat bila dengar 1 malam tu, dia mengigau panggil nama ex nya. Bukan 1 kali. Tapi sudah 4 kali. Saya penat dengan semua ni.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *