Isu Keluarga

Paling aku terkilan dia akan cakap kalau aku taknak mengandung dia akan buat perempuan lain mengandung

salam. minta admin hide.  tahun ni tahun ke 6 bersama suami. tapi boleh kata saban hari menangis, hati ni rasa kosong sangat. awal kawin selalu gaduh pasal ex dia, korang bayangkan kawan dia call dia.

cakap ex dia rindukan dia. pukul 12 malam. mau tak menyirap. lepastu aku yang mengalah.  tak lama diduga, rupanya dia menduakan aku dalam diam.

2 tahun bertukar perempuan, main barang dan kuasa Allah dekat dengan due kantoi segalanya. end up masa berpantang aku meròy4n.

aku amik langkah untuk pergi jauh dari dia, tapi dia tetap ikut. bila hubungan makin membaik, dapat rezeki anak lagi. bermula la, terpaksa warded 2x sbb baby kurang gerak dan appen dix

tapi kecewa sangat sebab dia takde pun tunjuk yang dia prihatin dekat wife dia. malah aku disalahkan, 3 hari aku hanya tengok orang lain melawat isteri, suapkan isteri tapi suami aku hanya di rumah.

dengan alasan utk apa pergi? hanya menyusahkan. bila doktor cakap nak operate buang appèn dix tapi aku reject sbb aku taknak effect anak, dr cakap akan ada komplikasi sama ada bleeding atau baby give up.

so aku stop mengandung. tapi kuasa Allah walaupun merancang, tetap mengandung tapi takde rezeki. apa yang aku buat hanya menangis.

aku kerja. tak lama mengandung lagi, tapi sama juga gugur. dan yang best part, disaat aku berhempas pulas kesakitan masa tu dekat hospital. dia sibuk dengan perempuan lain, masih cari orang lain.

dan sekarang bila aku tanya dia, Paling aku terkilan dia akan cakap kalau aku taknak mengandung dia akan buat perempuan lain mengandung.

dan itu bukan guraun yang perempuan perlukan, semuanya sia sia. bila aku nak makan apa, semua tak beli.

padahal benda tu bukan mahal pun, bila aku perlukan kawan untuk bercerita dia tak mendengar malah sibuk dengan fon. aku kosong.

aku rasa aku dan dia bukan lagi saling memahami. bukan lagi saling memerlukan. aku hanya beban yang menyusahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.