Isu Keluarga

Suami saya baik penyabar bantu saya dalam buat kerja rumah yang buat saya sedih adalah saya yang tanggung makan pakai suami saya

assalammualaikum. Pertama sekali saya tahu salah di sini saya membuka aib suami, saya cuma perlukan pendapat yang boleh memberikan saya kekuatan.

Kalau ada yang cakap rujuk kepada yang lebih arif(saya telah pon pergi ke pejabat agama untuk sesi kaunseling dan saya juga pernah hampir2 nak bercerai) Tapi saya masih bertahan dan harap di akan berubah.

saya masih hidup dengan rasa kasih dan kesian pada suami. Tapi semakin saya bersabar jiwa saya semakin m4ti.

Merintih pada Allah buat saya rasa saya  seorang yang tidak bersyukur dan tidak menerima takdir Allah. Bantu saya berikan kata2 semangat dan apa yang terbaik harus saya lakukan.

Perkahwinan saya hampir 9 tahun. Saya seorang isteri yang berkerjaya,tak bergaji besar tapi saya sentiasa usaha untuk dapat lebih sebab semua tanggungjawab di letakkan pada saya seorang hampir 7 tahun dah.

Rumah, kereta, makan, segalanya saya. Saya tak penat dalam berkerja sebab saya sedar itu memang tugas saya dan hasil dari tugasan saya dapat pada saya,cuma saya penat bila hari2 fikir sampai bila saya perlu jadi ketua keluarga dalam kewangan.

Paling saya sedih saya yang tanggung makan pakai suami saya. Suami saya baik. Penyabar. Saya baran. Tapi saya baran sebab saya tertekan semua di letakkan atas bahu saya.

Otak saya penat hari2 fikir macam mana nak survive hidup. Bila saya tertekan saya kadang2 lepaskan pada anak2. Dan saya pukul anak. saya rasa saya ibu tak berguna. Bila saya sibuk cari duit saya tak ada masa nak ajar anak2 saya belajar.

Part ni saya sangat sedih. Kenapa saya tak mampu jadi macam ibu2 lain. Tapi kalau saya tak berkerja siapa nak bayar semua benda.

Saya dah penat bincang, suami jenis buat tak tahu, jawapan dia ” habis awak nak saya buat apa?” saya nak dia berusaha lah. Jawapan dia tu macam memang dah tak ada cara langsung untuk dia berusaha.

Tapi suami saya ada jugak bantu saya dalam buat kerja rumah, Basuh baju. jemur kain. Kemas rumah. Kadang2 masak. Suami saya seorang yang sabar.

Bercakap pon tak banyak, kawan pon tak ada sangat. Cuma tu lah saya mungkin saya dah ajar dan terlalu berdikari dari dulu. Saya penat hari2 menagis sedih pendam sorang2.

Bukan saya tak pernah bincang, banyak kali dah. Tapi dia masih macam tu. Saya buntu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.