Isu Keluarga

Yang membuatkan saya sedih sangat terkilan bila semua barang2 arwah isterinya dia nak saya pakai tak kira lah muat tak muat.

salam min. Tolong hide profile saya ya. ada sesuatu saya nak share dengan korang semua dan kalau boleh saya nak minta pendapat korang semua lah ya.

Saya ni baru kawin dengan sorang duda yang baru kem4tian bini dlm 2-3 tahun yang lalu. Dia ada sorang anak lelaki yang dh pun berkahwin.

Saya pulak dengan suami saya ni dah ada anak baru sorang. Di sini saya nak tya korang.
Masalahnya suami mungkin terlalu sayang dengan arwah isterinya jadi bila hari2 istimewa dengan isterinya di throwback oleh fb ataupun kawan2nya yang tb.

di sana lah dia akan komen yang dia terlalu sakit merindui isterinya. sakit yang telampau sakit katanya. Kadang2 saya terbaca dia komen yang btul2 dia tak redha isterinya tu pergi. tapi dia tak pernah fikir apa perasaan saya bila dia komen2 mcmtu.

Saya faham dia bekas kehilangan isteri tapi skrg kan dia dah ada saya dan ank baru. Adakah kami ni tak boleh mengubat rasa sakit dia tu.

Yang buat saya sedih dan terkilan bila semua barang2 arwah isterinya dia nak saya pakai tak kira lah muat tak muat. Saya tak cemburu cuma kadang saya rasa saya ni hanya sekadar penemannya bkn isteri dia yang  betul2 dia anggap isteri seperti arwah isterinya.

kadang saya mengamòk. Dirumah saya umpama tukang gaji. Dia, anak dan menantunya tau nya duduk saja dalam bilik. Menunggu saya ni siap masak. Lepas msak bru diaorg keluar.

Saya selaku isterinya yang bru bersalin ceaser dlm berpantang hrtu boleh pulak saya yang masak. Padahal menantu ada ddk dlm bilik tapi anaknya dan suami saya ni tak sepatah pun berani bersuara menyuruh menantu ni masak.

Saya tak pernah rasa mcmni. Keluarga saya pun tak tahu. Andai kata mereka tau mesti dorg srh saya balik. Saya tak mnta lebih cukup bagilah saya rasa di hargai sprt mana suami saya menghargai arwah isterinya dan menantunya.

Lagi 1 saya ni ada anak dengan bekas suami yang dlu tapi saya sllu nmpk bila saya meminta pertlgan untuk anak saya air muka dia berubah sgt2 tapi saya biarkan saja. Satu hari saya brtya rupanya  dia tak suka anak saya ni sllu meminta tlg dia dan menyusahkan dia.

Tapi dia tak pernah fikir pulak anak dan menantunya sllu sshkan saya di rmh.. maafkan saya kalau sahabat2 semua rasa saya yang berfikir lebih2. Bila ada orang yang pernah rasa di tapit saya dia akan tau. Apa perasaan saya. mungkin saya perlu tambah kesabaran dalam diri saya ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.