Isu Keluarga

Ada satu masa suami saya hadiahkan gelang emas jadi Saya post kat ig tapi masalahnya dia pun buat post closefriend yang ada saya

Salam min Terima kasih sbb post story saya. Saya nak tanya lagi pendapat warga krt. Saya dan suami saya bercinta 7 tahun sebelum berkhawin. Tetapi masa tahun kelima kami bercinta suami saya ni ada orang lain sewaktu dia pindah kerja ke KL.

Tapi dalam 6 bulan mcm tu suami saya datang kembali kat saya lepastu ajak tunang dan terus kawin. Perempuan tu waktu suami saya kembali kat saya, dia ada follow ig saya. Lepastu perli saya macam macam dekat story ig dia.

Kawan baik dia pon follow saya dan Perli juga macam macam. Tak puas hati la suami saya balik ke saya. Lepastu tak lama dia dm cakap mintak maaf sebab ganggu hubungan saya semua dulu. Saya pon macam okaylah tak apa.

Plot twistnya dia bercinta dengan kawan baik suami saya. Yg mempunyai pekerjaan yg sama (mereka uniform). Selepas itu apa yg saya buat semua dia ikut. Cara saya post story (ni semua orang cakap mmg sama) cara jalan life saya (lepas saya tunang terus dia tunang lepas saya kawin terus dia kawin) macam tak dan dan tau.

Macam jelas sangat dia macam nak race dengan saya. Suami pon sedar benda tu semua. Ada satu masa suami saya hadiahkan gelang emas jadi Saya post kat ig tapi masalahnya dia pun buat post closefriend yang ada saya (TIBA TIBA) and buat b0mèrang muka menyampah captionnya emoji nak muntah.

Saya block dia. Dan saya post kata kenapa nak dengki dgn saya sbgnya. Dan ada kawan dia dm saya kata kenapa gaduh gaduh. And end up dia mintak maaf kembali dekat saya. Dia follow saya sekali lg kat ig. Dan dia kerap tiru saya macam selalu apa yg saya post dan sbgnya.

Dia selalu komen gambar saya kata saya cantik balas story saya kata nanti pindah kl mungkin dia berjiran dgn saya (SAYA TERKEJUT SANGAT) plus macam macam lagilah dia reply. Saya seen sahaja. Saya cuba kurangkan posting dan tak melayan dia sangat.

Dia macam psìko sangat. Nak block kang dikatanya apa pula. Bagaimana pendapat anda semua? Apa yang dia mahu dari saya sebenarnya? Saya jadi takut. Memandangkan suami kami satu uniform. Dan mungkin kuarters kami akan sama kerana suami saya dan dia satu unit. Apa yg perlu saya buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published.