Assalamualaikum min. Tolong hidekan profile aku ni. terima kasih byk2. Aku dlm dilema dan kebingungan min. Ceritanya bermula begini. Kehidupan aku hancur bermula aku mengenali seorg Perempuan. Masa tu aku masi berumur 18tahun..
Aku mengenalinya tanpa sengaja di sebuah kedai serbaaneka berdekatan dgn rumah aku. biasala jiwa muda. Mau mengorat. aku menegurnya. kerana kelihatan ketika itu dia sedang menangis.
aku bertanya.. dan akhirnya dia berkata dia breakup dgn kekasihnya.. Start dr itu kami jadi kwn. Ceritahya baru seminggu dia berkawan dia meminta aku jadi kekasihnya.. so jadi la kami pasangan couple.. cinta monyet.
baru brapa minggu bercouple dgn dia .aku mula mengenal sikap sebenar dia..minggu ketiga aku mendapat tau dia berjumpa dgn ex bf dia.. start mula dr situ kami sering bertengkar dan dia berterus terang pd aku yg dia masi cintakan ex dia. dia bersama ku hanya sbb mengisi kekosongan nya saja..
mendengar penjelasannya. Aku pun bleh la. jiwa rockstar sikit mana ada feeling rasa nak kecewa ke apa ke sbb cinta monyet je pun.. mulai saat tu kami masing2 dgn kehidupan sendiri. selalu juga ada ternampk mereka dua sejoli tu sbb rumah bersebelahan block saja.
Ceritanya 3 bulan berlalu tiba2 aku terkejut bila mamaku call suruh balik urgent.. hati aku tdk sedap sdh mesti ada something sbb dgr suara mama dr phone mesti ada masalah besar..
Setibanya dirumah aku terkejut dan bertanya tapi mama terus menampar aku dan mengatakan aku anak tiada guna hamilkan anak org.. Ya allah terkejut aku masa tu..aku cuba utk membela diri.
Tapi tetap juga aku yg dipersalahkan malah bertubi2 aku di marah, digertak dan diugùt jika tidak bertanggungjawab. Aku akan di bawa ke polis.. Masa tu aku baru 18 tahun. Confirm la aku takut dgn pihak berkuasa.. dlam masa yg sama aku kebingungan. memikir.
Siapa yg mengandungkan dia.. sedangkan aku berpisah dgn dia dah lama dan masa tu dia dah bercouple dgn ex dia balik.. Hanya Allah saja yg tau perasaan aku masa tu.. dalam aku tdk rela.
Aku dipaksa kawin dgn Perempuan tu. Aku menangis. semua family aku pun terpaksa mengikut kata2 family pihak Perempuan. sbb takut masalah jd besar. Aku dijadikan k4mbing hit4m oleh dia. aku terpaksa jd pak turut..
dlm usia yg masi muda itu aku tdk mampu utk berfikir apa2. hidup aku hancur oleh mereka.. aku jd pendiam dan dlm masa memberontak.. sakit hati ku makin dlm.. aku benci dgn keluarga itu.. apa lg dgn perempuan yg tdk pernah aku cinta..
Tambahan lg perangai buruknya yg sdh aku ketahui. kami berkahwin hanya atas dasar tanggungjawab. bkn atas dasar cinta. hari2 bergaduh.
Selepas kelahiran anak tu terbongkar la satu persatu rahsia bahawa benar anak itu bukanlaj anak aku sampai doctor sendiri pun bingung. Darah kami sama sekali tdk sama. ternyata betul aku di perangkap oleh perempuan tu.
hati aku makin sakit. Selama ni family aku sendiri tdk mempercayaiku hanya sbb aku nakal sahaja. Semua family ku cuba utk memujukku. utk menerima bayi itu dan bina kehidupan baru. aku menuruti kehendak mamaku.
hari berganti bulan, bulan berganti tahun.. aku rasakan tiada kebahagian dlm rumah tangga itu.. hari2 bergaduh. maki hamun yg lebih perit lg. kehidupan kami seperti bkn sebgi suami isteri.
Dia boleh saja keluar dgn mana2 lelaki sesuka hatinya.. sehinggakan suatu hari. aku cuba utk mengintai dia. aku bgitau aku outstation. mlm tu juga aku blik rumah..dia blik kerumah keesokan harinya. terkejut dia nampk aku.
terdapat kesan love b!te di leher.. sebenarnya aku tahu perangai dia ni dah lama sblm kami kahwin lg dia suka bertukar2 pasangan. perangai yg tdk mau di ubah2. Sudah byk kali aku lafazkan talak dgn dia tp dia buat bdoh ja.
Aku jadi tekanan hidup dgn dia. Hidup aku hancur. selama 10 tahun aku tanggung siksa ni sendirian. Aku mulai tdk blik rumah aku mulai ikut kwn2 hisap g4nja.. bila aku di luar aku rasa ketenangan.. dia semakin meroyan..
menuduh aku ada perempuan.. sedangkan aku berkerja keras sbb dlm kepala otaknya cuma mau duit. makan minum aku tidak terjaga. apa lg mau bersama. Aku berdoa setiap sujudku akan dipertemukan org yg btl2 boleh menerimaku.
Suatu hari.. aku bermasalah dgn kerjaku. aku terpaksa menganggur selama sebulan. hari2 kami bergaduh. byk perkara terutamanya pasal duit. akhirnya dia ingin meminta cerai.. aku turutkan kemahuan dia. tiada gunanya kami terus bersama kalau tidak sefahaman.
dia yg mengatur semua perjumpaan di mahkamah nanti.. aku mengikut saja.. entah kenapa masa tu.. hati aku betul2 rasa tenang.. setelah sekian lama.. aku mau bebas dr dia.. akhirnya dia yg mau dilepaskan..
Sehingga kini sdh 2tahun kami bercerai. aku pun sdh ada kehidupan baru aku.. tp masalahnya Perempuan tu tidak faham bahasa.. muka tidak tau malu.. dia masi tinggal dirumah mamaku. Iaitu ex mentua dia.
Aku pernah berbincang wasap dia suruh dia pindah keluar dr rumah tu sbb aku pun nak jaga hati wife aku. tp maki hamun pula yg aku terima. siap dgn ketawa2 kan org seperti gil4 t4lak meroy4n.. pernah juga dia cuba nak rosakkan hubungan aku dgn wife aku skrg.
sehingga menghantar ilmu s!hir dgn kami..Tlg bgi sy pendapat. mcmana mau hadap Perempuan gil4 tal4k mcm tu. pening.