Isu Keluarga

Ceritanya pada 2 tahun lepas ketika si bongsu aku baru berumur 2 tahun suami buat pengakuan kalau dia ada skandel

Hi min.. tq approve. Aku follower setia group ni. kadang aku komen juga dan kadang aku skroll je laju-laju.

Tolong hide profile aku ni ye min,  Aku selalu baca luahan isteri yang dikhianati oleh sang suami. Aku amat memahami luka dihati mereka sebab aku pernah lalui.

Aku isteri dan ibu kepada 6 orang cahaya mata. Usia perkahwinan kami menjengah ke tahun 20 dah tahun ni. Dia pilihan hati aku.

Kami bercinta tidak lama dan mengambil keputusan untuk berkahwin.  Dari awal, aku banyao habiskan gaji untuo bantu suami. Bila kami beli rumah, aku buat pinjaman untuk renovation.

Bila rasa nak naikkan pagar  batu, aku buat loan lagi supaya impian kami tercapai. Bila nak upgrade kereta, aku buat overlap untuk bayar downpayment.

Dan paling ketara, bila aku ada duit 30k untuk langsaikan hutang belajar, dia nak motor besar dan sekali lagi bòdohnya aku, serahkan duit tu untuk dia tunaikan impian. Dia janji akan selesaikan hutang pinjaman belajar tu secara bulanan.

Tapi janji tinggal janji. Sepuluh tahun berlalu, aku penjawat awam ni tiada gaji. Potongan 80% . Berapa sen yang tinggal untuk aku setiap bulan.

Lupa aku nak cerita, kelengkapan raya setiap tahun aku yang sediakan untuk seisi rumah sebab dia tidak pernah ada rasa nak membeli.

Ceritanya 2 tahun lepas ketika si bongsu aku baru berumur 2 tahun suami buat pengakuan ikhlas kalau dia ada skandel. Dia nak kahwin dengan seorang janda. Malam tu aku terkedu.

Aku bangun, berwuduk dan terus aku sujud pada Dia. Aku mencari kekuatan untuk menyoal siasat dia. Malam tu berlalu dengan aku menangis di sejadah sampai subuh.

Sewaktu nak keluar untuk pergi kerja, aku tak tengok muka dia, aku xsalam tangan dia.  Bila dia hulur tangan, aku cakap aku jijik nak sentuh.  Waktu rehat tengahari, aku terus ke pejabat agama.

Aku send location pada dia. Aku bagi tahu dia, aku tidak akan sesekali berkongsi. Dia mintak aku bertenang. Dia janji dia aoan putuskan hubungan dengan Janda s tu hari itu juga.

Aku mintak nombor telefon janda tu. Aku call , aku tanya dari hati ke hati. Jawapan janda tu buat aku sakit hati. Dia kata, dia dah ajak laki aku kahwin di Siàm tapi laki aku kononnya nak mintak izin aku dulu.

Silap besar. Dia ingat aku ni bòdoh sangat ke. Petang tu aku sampai rumah laki aku dah tunggu. Dia half day. Aku jejak kaki dalam rumah, dia suruh anak-anak naik atas. Dia terus sujud kat kaki aku.

Dia menangis, merayu-rayu. Dia berjanji bulan dan bintang pada aku.
Aku diam. Malam tu sekali lagi aku sujud lama. Bercakap dengan Dia. Aku buat keputusan untuk beri dia peluang ke dua demi anak- anak aku yang nak SPM , PT3 dan UPSR tahun tu.

Aku tak nak anak-anak aku terganggu. Now 5 tahun dah berlalu, aku maafkan dia namun aku tidak pernah lupa betapa hati aku ni dicarik-carik.

Sakit hati dikhianati ni tak sama dengan sakit hati kerana perkara lain. Ngilu nya hanya yang lalui je tahu. Dan aku bukan lagi isteri yang dulu.

Aku tidak lagi menggunakan satu sen pun duit aku untuk urusan rumahtangga. Aku letakkan semua tanggungjawab dibahu dia. Even nak beli pad untuk anak dara pun dia belikan. Aku?

Sedang menyelesaikan hutang- hutang yang ada. Aku selalu bisikkan ditelinga dia, aku tidak teragak- agak untuk hilang dari pandangan dia. Adakah aku percaya pada dia sekarang?

Entahlah.  Yang pasti tidak akan peluang kedua andai ianya berulang lagi. Dan dia tahu hati aku masih bersisa lukanya.

Kalau dulu aku hanya diam bila bergaduh, bukan lagi sekarang. Pantang ada yang tak kena, ko dengarlah suara lantang aku ni.  Dia cakap aku dah berubah.

Aku suruh dia pecah kan gelas dan cantum semula, aku suruh dia renung , adakah bentuknya masih sama.. dia akui tidak akan sesekali sama , dan begitulah hati aku.

Buat isteri di luar sana, kita boleh memilih jalan bahagia yang kita mahu. Kita boleh melakar keluarga yang kita mahum Jangan jadi terlalu bòdoh dan lemah mcm aku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *