Isu Keluarga

Saya fedup sampailah saya berkenalan dengan perempuan dan kali ni bukan seorang tapi seramai 3 orang

Assalamualaikum semua warga KRT. Saya nak mohon pandangan semua. Saya dalam keadaan kusut, tidak tenang dan takut pun ada. Jadi maaf kalau penulisan saya agak kurang difahami. Saya tulis dalam keadaan depresi. Saya dan wife dah berkahwin lebih kurang 7 tahun dan tiada anak. Kahwin atas dasar suka sama suka.

2 tahun pertama perkahwinan tu mmg saya rasa tak bahagia sebab saya tak pernah dapat sentuh isteri saya. Cubalah saudara saudari semua bayangkan, dua tahun tak dapat sentuh isteri sendiri. Alasan dia, dia takut dengan hubungan.

Bukan sy tak pernah pujuk atau minta elok2 tapi dia marah saya balik dan ckp sy tak sygkan dia. Dia suruh bagi dia masa. Hidup saya sepanjang 2 tahun tu tiada rasa belaian kasih mesra seorang isteri. Nak cìum2 pèlok2 pun tak dapat. Kami pegi keje balik keje makan tido.

Saya rasa kosong. Disebabkan b4tin kelakian saya tersiksa saya terpasa mencari perempuan lain hanya sekadar untuk puaskan n4fsu saya dan isi rasa kekosongan tu. Tapi tak lama kantoi dengan wife dan berlaku gaduh besar dia mengamuk macam orang gila,

dia malukan sy dekat tempat keje, dia t4mpar saya dia pvkul saya banyak kali dan tèndang saya, dia report sampai saya kena tukar jabatan. Langsung tak hormat saya. Dekat rumah dia bantai belasah saya teruk.

Saya tak melawan sebab saya tau mmg salah saya. Saya minta maaf byk kali dan berjanji takkan ulang lagi. Bila dia tanya kenapa saya buat mcm tu dan saya jawab sebab dia tak bagi saya sentuh dia.

Dia suruh sy ceraikan dia, dia mengamuk2 dan saya lafazkan. Naik mahkamah jatuh talak bain, tiada eddah sbb kami tak pernah melakukan hubungan suami isteri. Saya lega sebab sy dah bebas dari dia.

Tapi lega saya cuma sekejap. Tak sampai satu hari dia dtg cari sy dkt rumah dengan bawa pis4u dan ugvt sy kalau tak nikah balik dgn dia. Dia akan bnvh diri. Saya betul2 terkejut dia letak pis4u betul2 kat perut dia.

Saya buntu dan tak boleh berfikir padahal dia yg nak sgt sy ceraikan dia. knp dia buat sy mcm ni. Saya pernah cuba larikan diri, tak angkat call dan tak jawab text, tapi lepas tu dia hantar gambar dia kel4r2 tangan kalau tak nikah dengan dia semula, dia akan bnvh diri.

Saya pujuk dia, dan dalam keadaan terpaksa saya ckp sy akan nikah dengan dia semula. Tapi sebab mak ayah dia tak setuju dan takde wali.

Dia ajak sy nikah kat siam dan saya pun ikut kan sebab dia akan selalu ugvt saya dengan pis4u, saya kalah. Kami pun nikah dekat siam dan naik mahkamah bayar saman dan daftar nikah di malaysia.

Ya, lepas dah nikah dalam keadaan terpaksa tu. Saya cuba teruskan hubungan tu semula. Berjaya pujuk dia untuk bersama (buat hubungan) tetapi sekejap je dia akan ckp sakit. Dia tak boleh. Dalam setahun sekali dua kali je kami bersama.

Saya tak pernah puas dengan dia.. Bila saya luahkan dekat dia apa yg saya rasa, dia marah dan maki2 sy ungkit benda lepas. Tapi saya cuba bersabar dan terima kekurangan dia, saya busykan diri dengan kerja. Saya dan wife masing2 bekerja dan berjawatan tinggi.

Jadi masing2 mmg selalu busy dengan kerja. Kerja rumah mmg biasa saya yg buat, basuh baju sidai baju, kemas rumah. Makan pun selalu tapau atau makan dkt luar tapi sy tak kesah sebab duduk berdua je. Itu bukan masalahnya.

Sepanjang 3 tahun tu saya rasa kosong. Saya cemburu tengok pasangan lain. Kawan2 sy yg selalu update status whatsapp bermesra dengan pasangan. Nampak bahagia. Tapi saya?

Saya tak dpt rasa semua tu dan saya tak dapat nak luahkan dekat sesiapa. Wife sy suka kongkong, selalu check hp saya, selalu ikut sy pegi mane2, kursus pun dia ikut. Bila sy ada buat salah sikit dia akan cepat marah dan mengungkit2.

Saya cakap apa pun dia tak percaya. Mmg tak pnh bermesra dengan dia.
Saya fedap sampailah saya berkenalan dengan perempuan dan kali ni bukan seorang tapi seramai 3 orang. Saya jadi suka mengurat ramai2 perempuan.

Saya mengurat wife kawan saya sendiri sebab saya cemburu tengok dorang bahagia. Tapi sy berhati2 jgk supaya wife tak tau. Lama juga dalam 2 tahun saya buat dosa puaskan n4fsu dengan org lain.

Tapi sepandai tupai melompat akhirnya jatuh juga, baru ni kantoi dengan wife apalagi dia mengamuk la. Sama mcm sebelum ni. Mmg perangai dia tak boleh bincang baik2 terus mengamuk mcm org gil4.

Dia malukan sy dekat tempat keje. Belas4h saya. Ye betul isteri belas4h suami wujud ya. Isteri dera suami ada. Dekat rumah kalau gaduh dia menjerit2 mengamuk sampai jiran semua dengar.

Dia baling pinggan mangkuk amik pis4u, pecahkan hp saya, pecahkan barang2. Saya mmg tak pernah melawan sbb mmg salah saya dan sebab dia main pis4u. Dia tanya knp saya buat mcm tu lagi.

Dia tanya dah taknak dia ke? Saya jawab, saya nak dia tapi saya nak minta izin nikah lagi seorang. Dia terus mental amik pis4u, letak pisuu kat lèher saya.

Dia ckp kalau saya berani lepaskan dia, kalau saya berani kahwin lain. Dia akan bnvh saya dan dia akan bnvh diri. Ye dia mmg selalu akan ugvt saya dengan pis4u dan par4ng. Apa lagi saya boleh buat?

Tolonglah sorang letak diri dalam situasi saya. Saya tak reti nak terangkan betapa tertekannya saya. Saya boleh jadi ment4l dapat wife mental macam ni.

Saya merayu dengan dia, janji sumpah semua tak kan buat lagi. Saya minta maaf semua. Dia maafkan saya, tapi perangai dia makin teruk. Selalu angin selalu marah2.

Dia tak percaya saya nak berubah. Dia install apps gps dekat hp saya. Saya pegi mane2 dia tau. Selalu check hp sy. Saya mmg takde kawan. Apa ntah lagi nak melepak. Media sosial fb ke ig semua kena delete. Saya cuma ade whatsapp.

Tapi dia selalu tuduh saya mcm2. Saya jadi benci dgn dia tapi masa yang sama saya kesian dan serba salah sebab dia ugvt mcm2. Dia ada ig ada fb dan saya pernah terbaca chat dia dengan lelaki bersayang2 tapi bila saya tanya dia ckp kawan kat ig je tak pnh jumpe.

Saje je takde pape pun. Saya tak marah cuma suruh dia pandai2 la setelkan sendiri. Saya tak rasa cemburu bila dia buat macam tu. Cuma saya geram tau tak perasaan orang yg dah tak ada hati macam mana. Lantak lah ko nak buat apa cuma asal kau boleh, aku tak boleh?

Tapi macam mana dengan diri saya? Keinginan saya? Saya pun nak bahagia? Perlu ke saya teruskan dalam hubungan yang mcm ni? Saya tak tau dia sakit mental.

Apa yang perlu saya buat? Saya dah pernah pegi berubat tradisional nak tengok ada kena buatan orang ke tapi ustaz ckp tak ada. Saya taktau sampai bila saya harus macam ni. Saya tak bahagia dengan dia terpaksa pura2 teruskan sebab dia ugvt bnvh saya bnvh diri kalau saya tinggalkan dia.

Kalau macam ni lebih baik saya hidup sendiri tapi macam mana saya nak ceraikan dia? Kalau saya kena bnvh mcm mane? Kalau dia bnvh diri macam mana? Kalau saya report polis nanti dia akan masuk penjara? Masuk hospital mental? Saya kasihan kan dia juga. Saya keliru buntu.

Tolong jgn kecam atas dosa yang saya pernah buat. Saya tahu saya salah. Semoga Allah ampunkan dosa2 saya. Apa saya perlu buat? Bantu

Leave a Reply

Your email address will not be published.