Hi min. Ni fb fake aku. Fb ni utk aku guna ad manager hahaha. Nasihat kepada suami dan bakal suami. Min, aku bapak kepada 5 orang anak. Anak sulung baru umur 6 tahun, anak bongsu baru 3 bulan. Aku berumur 30 tahun dan isteri berumur 27 tahun.
Kami kawin 2014. Dah nk masuk 7 tahun usia perkahwinan. Aku bekerja, isteri juga bekerja. Dua2 kami bekerja di sektor swasta. Ramai kawan2 tanya macam mana aku dan isteri urus anak yg ramai dalam masa sama, dua2 bekerja.
Ni aku nak share. Ikhlas dari aku, untuk panduan kepada suami baru atau suami lama yg selalu bagi alasan penat tiap kali bini mintak tolong uruskan hal hal rumah.
Basuh pinggan, basuh baju, mandikan anak, masak nasi, vacuum rumah, bangun bancuh susu tengah malam,basuh berak kencing anak, semua aku buat.
Benda ni aku buat hari2. Tak penat ke ? sumpah penat. Tapi bila anak2 tengok dan anak2 ikut tlg kemas rumah, penat aku hilang. Dan bila penat, tido kita akan jd lebih berkualiti, dan takkan terlebih tido sebab anak2 mmg bangun pukul 7 tiap2 hari.
Tugas bini aku, memasak lauk, arrange brg2 rumah yg aku dh kemas, susukan baby, tidokan baby. Kami bahagi tugas ikut kudrat. Agak2 kerja tu penat, aku settle kan. Kita lelaki. Penat tu apa lah sangat. Ada juga kawan2 tanya, tak pakai maid ke ? j
awapannya tak, sebab kami rasa setakat ni kami boleh urus lagi segala hal rumah, walaupun kami mampu dan sebenarnya kena pakai maid. Tapi bini aku tak suka ada maid, mungkin sebab suami dia seksi kut.
Untuk pengetahuan semua bila kami amal tugas2 macam ni aku sangat jarang sgt berselisihan faham dengan isteri Hubungan pula jadi semakin erat, dan aktiviti sek sual jadi lebih kerap.
Kenapa kerap? Sebab time malam je kami ada masa berdua duaan. Tu pasal la anak 5. Ape de hal. Rezeki dari Allah, bukan dari mulut orang. Allah bagi 10 anak pun aku hadap. Itu amanah.
Aku harap dengan perkongsian ni, dapat membantu sikit sebanyak suami atau bakal suami diluar sana yang masih lagi menganggap kerja rumah itu adalah 100% kerja isteri. Salah bang, kerja tu semua kerja kita. Isteri hanya membantu. Cuba buat, aku berani jamin, rezeki dan hidup korang akan lebih mudah.