Isu Keluarga

Paling menyedihkan cuba bayangkan aktiviti keluarga mereka selalu di update dalam whatsapp group tapi suami saya langsung juga tiada tanya khabar berita

Assalamualaikum. Harap admin hide kan profile saya. Saya seorang isteri, usia perkahwinan baru cecah setahun lima bulan. Selepas saja nikah, saya tinggal dengan keluarga mentua, dan rumah yang didiami tu bersebelahan dengan rumah kakak ipar sekeluarga.

Dua bulan bergelar isteri, berlaku satu krisis antara saya dan suami, dimana saya dapat tahu dia pernah ada hubungan dengan teman tempat dia bekerja. Saya hairan, sejak kahwin, suami seperti ada merahsiakan sesuatu dari saya sehingga la saya nekad untuk cungkil segala rahsia.

Kami selalu bergaduh, saya selalu emosi, apatah lagi duduk dengan mentua, segalanya perlu dikawal supaya mereka tak tahu hal sebenarnya. Kadang kalail sikap saya, masam muka, moody buatkan mentua saya mula merasakan ada yang tak kena antara saya dan anak lelaki mereka.

Sampai la suatu hari, Allah Maha Adil, segala yang suami saya sorokkan tanpa pengetahuan saya, jelas Allah tunjukkan. Saya dah tahu siapa perempuan yang menjadi orang ketiga sewaktu sebelum kami menikah. Hati isteri mana yang tak hancur ketika tu. Baru 2 bulan kahwin.

Episod saya tak berakhir disitu. Saya mengalami sakit misteri. Selalu histèria, dir4suk, selalu rasa ingin marah pada suami walaupun saya sedang cuba untuk melupakan kesilapan dia. Saya cuba menikmati rasa bahagia, tapi sukar.

Rupanya ada seseorang yang menyìhir saya, supaya berpisah dengan suami. Mulanya ibu mentua saya banyak membantu untuk ikhtiar merawat saya. Tak kurang juga bapa saya juga bawa saya pergi berubat. Alhamdulillah akhirnya saya kembali sihat. Tetapi ujian Allah tetap ada.

Suami saya orangnya bukanlah yang romantis. Selalu saya yang akan text dia bila sampai tempat kerja, walau cuma “saya rindu awk..” Itu kebiasaan ucapan yang akan saya hantar melalui text. Suatu ketika suami pergi outstation, saya rindukan dia.

Maklum saja, jarang berjauhan beribu batu. Dia pergi negara orang, mestilah saya amat risau, serta rindukan dia. Tapi dia tak faham semua tu. Dia kerap share gambar-gambar serta video, aktiviti dia setelah sampai disana.

Tapi yang menyedihkan hari kedua, saya nyatakan “abang, saya rindukan awk..” dia cuma jawab baru sehari dua tak kan dah rindu, saya pergi kerja je.. Saya pujuk hati sendiri dengan menyarung baju t-suami pada bantal, supaya tiap malam saya dapat peluk dan bau suami saya pada baju tersebut.

Saya sangka dia akan cuba video call, atau pun call 5 minit, tapi hampa. Saya mula takde mood, moody, jarang keluar bilik. Saya keluar bilik melakukan tugas seperti biasa, cuci baju, sidai baju, kemas rumah, bantu mak mentua saya yang gemar buat popia.

Saya tetap masak, menyediakan apa yang patut sebagai menantu dalam rumah tu. Cuma saya tiada selera makan, dan tak mau bercampur dengan mereka ketika itu. Saya kecil hati dengan suami saya.

Hari suami pulang ke tanah air, ibu mentua tak maklumkan pada saya yang dia menjemput suami di airport. Saya tahu mentua saya terasa hati dengan saya. Saya cuba buat seperti biasa, tetap juga bantu dia walaupun saya rasa kekok, mentua mulai dingin.

Saya sedar, perkara ni pernah beberapa kali terjadi. Saya juga pernah suarakan pada suami untuk tinggal berasingan dari keluarga, mulakan hidup suami isteri dengan cara berdikari. Tapi suami menolak, alasan masih tak mampu. Saya dengan rela hati mahu bantu, tetap juga dia kata belum masanya.

Saya akur, taat dengan suami, saya relakan juga tetap tinggal bersama mentua. Hakikatnya kadang kala saya kurang selesa. Krisis antara saya dan mentua menjadi parah bila suami hantar saya pulang ke rumah keluarga saya.

3 bulan saya tinggal dengan keluarga saya tanpa dia datang menjenguk mahu pun bertanya khabar. Paling menyedihkan cuba bayangkan aktiviti keluarga mereka selalu di update dalam whatsapp group. Mereka buat aktiviti keluarga, main bowling, celebrate birthday party, tapi suami saya langsung juga tiada tanya khabar berita, saya hanya mendiamkan diri.

Saya sangat kecewa, kecil hati, saya delete acc whatsapp. Dan logiknya semua group secara automatic left daripada acc saya. Seminggu saya cuba pujuk hati, bila dah ready saya install semula whatsapp. Hari saya padam acc whatsapp tu juga la suami sibuk tanya pada adik saya tentang khabar saya, kenapa saya left group family, hp saya rosak ke..

Saya tak nafikan, sepanjang 3 bulan dia masih beri nafkah, duit belanja tiap bulan. Tapi bukan itu yang saya mahukan. Saya mahu dia berikan jawapan apakah saya ni masih diperlukan sebagai isteri atau sebaliknya.

Kalau admin nak tahu, benda ni berlanjutan sehingha ke harini, 5 bulan.. Suami isteri hidup berasingan. Sepanjang tempoh tu, saya rasa tersiksa, tertekan. Saat saya perlukan suami, dia tak pernah ambil tahu. Sakit pening, segalanya saya hadap. Dan saya tak suka berkongsi apa-apa yang saya rasakan dengan keluarga.

Semuanya saya pendamkan. Saya sangat rindukan dia, tapi saya tak mampu lagi nak katakan pada dia. Sampailah satu hari dia mesej tanya kenapa saya tak tanya khabar, seolah saya langsung tak rindu. Kalau la dia tahu, apa yang dia rasa, begitu la yang saya rasakan bila dia tak acuhkan saya.

Sekarang saya tahu apa kan jadi untuk penyudah hubungan kami. Dia ada maklumkan untuk pergi ke pejabat agama hujung bulan nanti. Besediahkah saya selepas ni sekiranya saya bergelar seorang janda? Saya sendiri tak pasti.

Apa yang saya rasa, saya sangat sedih. Bukan ini yang saya harapakan sewaktu peristiwa ijab dan kabul kami berdua disatukan. Wallahi, saya masih sayangkan dia, tapi jika ibu mentua masih tak maafkan saya, apa daya saya. Saya rela undur diri asalkan hubungan dia dan ibunya tak terjejas dek kerana saya, menantu yang di anggap tak mengenang budi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *